Senarai Blog Saya

Sabtu, 25 Ogos 2012

Umno berisiko kehilangan undi wanita

 

Secara tradisinya, wanita adalah sangat penting dalam demografi Umno dengan sayap Wanita parti dilihat sebagai tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN) — memastikan undi dari suri rumah dan golongan wanita.
Akan tetapi terdapat kerisauan bahawa golongan ini semakin dipinggirkan oleh kerana BN terlalu memberi fokus kepada usaha mendapatkan undi orang muda.

"Terdapat keperluan bagi Wanita Umno untuk menggunakan kembali sistem lama untuk pulang ke kawasan masing-masing dan melawat dari rumah ke rumah. Ini sangat penting.”

"Ketika melakukannya dulu, apa yang dilihat dalam keputusan pilihan raya, hanya terdapat margin kesilapan yang kecil berbanding apa yang kami jangkakan, hanya berbeza 100 atau 200 undi,” kata ketua Wanita Umno bahagian Cheras, Datuk Faridah Abu Hassan.

Beliau juga menyatakan sayap wanita kelihatan menjauhkan diri daripada cara kempen tradisi yang terbukti berjaya membantu parti sebelum ini.

 "Mereka lebih suka menggunakan media online dan anjurkan program besar yang dihadiri dari 10,000 hingga 30,000 akan tetapi tidak ada apa yang nak dibuktikan seperti apa yang berlaku pada 2008," katanya.

Kedua anak muda dan wanita telah dikenalpasti oleh pemerhati politik dan penganalisis sebagai kunci untuk menentukan siapa yang bakal mengambil alih Putrajaya.

BN dan Pakatan Rakyat (PR) dilihat sudah terkunci dengan apa yang dikatakan sebagai persaingan paling sengit dalam sejarah pilihan raya.

Mengikut analisis politik terutama pengundi atas pagar dalam PRU ke 13, wanita yang bekerja dan juga suri rumah dan anak muda sangat penting bagi menentukan keputusan pilihan raya.

Golongan wanita serta remaja terutama pengundi baru sangat penting kerana jumlah mereka separuh dalam daftar pemilih dan mereka mengundi berdasarkan isu dan pengalaman,

“Mereka lebih mementingkan apa yang boleh ditawarkan oleh parti politik dan mereka ini lebih pragmatik,” kata.

“Mereka juga merahsiakan undi mereka sehingga saat akhir, sebab itu sangat sukar untuk mengetahui siapa yang akan mereka undi, sebab itu PAS dan Umno berkempen sehingga saat akhir,

Mereka mengakui cara lama menggunakan sentuhan peribadi dengan berkempen dari rumah ke rumah telah digantikan dengan perhimpunan besar dimana wang tunai diberikan kepada keluarga yang kurang bernasib baik.

“Wanita muda hari ini berhenti kerja kerana tiada siapa yang akan menjaga anak mereka di rumah.” BN haruslah mencari jalan untuk memenangi hati mereka apalagi sekarang mereka sudah membaca blog dan mendengar khabar angin.”

Kedua-dua BN dan PR sudah mengalihkan perhatian mereka kepada ekonomi dengan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengumumkan pusingan kedua pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

PR juga berjanji untuk menurunkan cukai kereta sebagai langkah untuk mengurangkan perbelanjaan isi rumah.

Dengan ekonomi bertumbuh dengan mengejut pada 5.4 peratus pada suku kedua, menafikan ramalan pakar ekonomi memberikan faktor ‘rasa baik’ menjelang pilihan raya akan datang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan