Senarai Blog Saya

Rabu, 22 Ogos 2012

Kaji Semula Dasar Pemilikan Hartanah Warga Asing: SPNB

 
 

Dasar pemilikan hartanah oleh warga asing perlu dikaji semula bagi mengekang kenaikan harga rumah yang membataskan peluang rakyat tempatan untuk membeli rumah, kata Pengarah Urusan, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Dr Kamarul Rashdan Baba.

Katanya, keputusan kerajaan menurunkan had pembelian warga asing daripada RM1 juta kepada RM500,000 pada 2010 dikenalpasti antara faktor menyumbang kepada kenaikan harga rumah di negara ini.
Ia menyebabkan ramai pemaju menaikkan harga rumah yang sepatutnya dalam lingkungan RM400,000 kepada RM500,00 untuk menarik pembeli warga asing sekaligus menjadikan harga rumah semakin sukar beli rakyat tempatan, tambahnya lagi.

“Walaupun dasar ini untuk pembangunan sektor hartanah tetapi ia memberi impak negatif kepada usaha kerajaan untuk memastikan rakyat tempatan memiliki rumah sendiri,” katanya kepada pemberita di majlis terbuka Aidilfitri di rumahnya di Taman Meru, Selasa.

Beliau mengulas akhbar baru-baru ini mengenai keluhan rakyat supaya kerajaan dapat melakukan sesuatu berkaitan harga rumah dala Bajet 2013.

Menurut Kamarul Rashdan lagi, tindakan menaikkan harga rumah itu kemudian akan memberi kesan domino dan petunjuk palsu kepada pemaju lain yang turut menaikkan harga untuk rumah kos lebih rendah.

Dalam perkembangan berkaitan, SPNB katanya, merancang membangunkan lebih banyak projek perumahan mampu milik di luar Lembah Klang kerana kos tanah lebih murah.

Sehubungan itu, pihak terbabit katanya, berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi melaksanakan projek perumahan mampu milik di atas tanah negeri.

Sejak 2003, syarikat itu berjaya menjual 23,000 daripada 27,000 rumah mampu milik yang dibina pada kadar harga RM100,000 seunit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan