Senarai Blog Saya

Rabu, 8 Ogos 2012

Monday, August 6, 2012


Tahniah

TAHNIAH KEPADA DATO' LEE CHONG WEI

Walaupun tidak berjaya membawa balik emas, namun semangat juang anda sangat dibanggakan...Defeat with honour. Saya tabik spring pada Dato'.


Semua rakyat sedia maklum, Dato' muda kita ini adalah satu-satunya rakyat Malaysia pemegang pingat 'perak' badminton dalam dua sukan Olympic berturut-turut - 2008 & 2012.

Golongan Remaja.....Sekiranya anda terlalu berminat dalam sukan, teruskan. Masa hadapan ahli sukan yang berjaya memang terjamin. Sebagai contoh, semenjak Olympic di Beijing pada 2008, gomen telah mengumumkan imbuhan berikut kepada mereka yang berjaya mengharumkan negara dengan membawa pingat Olympic....
Imbuhan kepada 'Pengharum' negara di sukan Olympic

Ini bermakna, 'pencen' Dato' Lee ialah RM6k....Wow. Dan apa pula yang bermain dalam fikiran PM bila beliau menyatakan, petikan '....kita akan tentukan apa yang sepatutnya untuk beliau'. Itu belum lagi lain-lain pihak yang akan turut menyumbang kepada beliau. Sudah pasti, mencurah-curahlan lagilah tawaran untuk dilantik sebagai 'duta' pelbagai produk. Bergolek-goleklah rezeki beliau.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang kelebihan wira-wira sukan dari aspek penganugerahan pingat/bintang negeri/Persekutuan. Untuk dicalonkan bagi sesuatu anugerah, calon perlu memenuhi kriteria tertentu.   Sebuah negeri menetapkan calon mesti berumur 40 tahun keatas. Ada pula yang menetap tempoh perkhidmatan tertentu sebelum dipertimbang. Itu terkandung dalam surat pekeliling kepada agensi-agensi kerajaan di negeri-negeri terbabit. Tetapi, AHLI SUKAN TIDAK TERTAKLUK KEPADA SYARAT BERKENAAN. Malah, sebuah negeri telah mewujudkan satu 'Bintang' '....dikurniakan kepada remaja di bawah umur 18 tahun yang telah mengharumkan nama negeri di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa di dalam bidang akademik, sukan dan kesenian'.  Tak terror ke tu! Tidak menghairankan saya sekiranya gomen menganugerah 'Dato' Persekutuan pula kepada Dato' Lee dalam masa terdekat ini dalam satu upacara rasmi khusus untuk beliau. Itulah kelebihan wira-wira sukan.

Saya tidak katakan perjalanan untuk berjaya adalah mudah. Tidak sama sekali.  Ia penuh dengan halangan...Pelbagai ranjau perlu dilalui. Seperti mana-mana organisasi, tak terkecuali dalam keluarga sekali pun, tentu ada politiking, tikam-menikam, sabo-menyabo, lobi-melobi dan entah apa lagi. Biasalah tu. Tiada apa yang mudah untuk mencapai kejayaan. Pokoknya mesti 'angan-angan' dan tindakan diambil untuk menjadikan angan-angan tersebut satu kenyataan. Berkat usaha yang gigih dan berdoa kepada Yang Maha Esa, saya percaya semua akan menjadi realiti, insyaAllah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan