Senarai Blog Saya

Rabu, 22 Ogos 2012

MIC Optimis dapat rebut semula Kerusi Parlimen Sungai Siput




MIC secara optimis dapat memenangi semula kerusi Parlimen Sungai Siput yang sebelum ini menjadi kerusi tradisi parti itu. Sebelum ini kerusi Parlimen Sungai Siput menyaksikan Samy Vellu tewas ditangan Dr D Jeyakumar untuk Parlimen Sungai Siput yang telah dipegangnya selama 9 penggal. Jeyakumar memperolehi 16,874 undi dan Samy 14,408. Satu saat dukacita untuk Samy Vellu yang menyambut hari lahirnya yang ke 72.


Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Murugesan bagaimanapun berkata, ia bukan satu perkara mudah untuk memenangi semula kerusi itu namun pihaknya akan berusaha keras dalam pilihan raya umum nanti.

"Kita optimis dengan peluang untuk memenangi semula kerusi berkenaan tetapi terpaksa mengakui ia bukan tugas mudah," katanya.

Mengenai senarai calon sesuai untuk dipertandingkan di kawasan itu, beliau menyerahkan semuanya kepada pucuk pimpinan tertinggi parti itu.

"Itu kita serahkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel untuk mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,membuat keputusan yang terbaik untuk penduduk Sungai Siput," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, berkata MIC yang akan bertanding disembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri seluruh negara yakin parti itu mampu mencapai keputusan terbaik.

"Namun, kita tidak boleh mengambil sikap sambil lewa kerana suasana politik semasa menuntut pihaknya melihat semua kawasan bakal ditandingi sebagai bukan kerusi mudah," katanya.

Secara prinsipnya setakat ini MIC dilihat masih tidak bermaya di Sungai Siput.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan