Senarai Blog Saya

Khamis, 16 Ogos 2012

 

Sampai bilakah orang-orang PAS menipu diri sendiri?  

Bila saya melihat berita "Pemuda PAS Kelantan minta Nasharuddin lepas MP Bachok", terdetik hati saya untuk memohon mengemukakan pertanyaan: Mengapalah orang-orang PAS berpuluh-puluh batu ketinggalan keretapi? Mengapa masih bercakap fasal Ustaz Nasharudin Mat Isa dan mendesak dia meletak jawatan bagai? Alahai!

Wake up, Nasharudin is history! Sedarlah dari tidur yang terlalu lama! Nasharudin sudah tidak relevan lagi. Jangan naikkan saham dia yang dah lama jatuh ke lubang taik dengan kelaku riuh rendah hampa yang tak ketahuan darat dan laut tentang budak tu.

Baru-baru ini saya menghantar sms kepada seorang kawan:
Kesian orang-orang PAS. Dalam tiga empat tahun ini sahaja tak henti-henti menipu diri sendiri dengan kejakunan mereka terhadap Nasharudin, (Datuk Dr) Hasan (Mohamed) Ali, main belakang dengan Umno selepas pilihan raya 2008 dulu, (Datuk Seri) Azizan (Abdul Razak), sulte Kelate dan entah apa lagi. Sampai bila begitu?
Berita berkaitan:
Pemuda PAS Kelantan minta Nasharuddin lepas MP Bachok
(Harakahdaily 14/8/12) KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Nasharudin yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana.

"DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini.

"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," kata Nuri dalam kenyataannya.

Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," katanya.

Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan