Senarai Blog Saya

Jumaat, 10 Ogos 2012

BEKAS PENGARAH CID, DATUK FAUZI MEMPERSOALKAN KEPERLUAN JUMLAH SB YANG SEDIA ADA

JUMAAT 11 OGOS 2012

Bekas Pengarah CID Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari mengulas dakwaan SB memberi fokus terhadap gerak kerja Pembangkang dalam politik sehingga dianggap senjata kepada BN.

Fauzi mengakui tugas mereka "menguruskan risikan dan maklumat".

“Kita kena hargai tugas polis. Memang polis Cawangan Khas, mereka melakukan intelligent procurement banyak kepada unsur-unsur politik dan ketenteraman awam,” katanya.

Bagaimanapun, Fauzi mempersoalkan keperluan jumlah SB sedia ada memandangkan suasana masyarakat sekarang telah berubah berbanding zaman komunis yang lebih “perkauman”.

“Kita kena akur, dulu lebih serius dan mengancam. Tapi sekarang, rakyat sekarang ini banyak berubah," katanya.

Bagaimanapun, katanya, sebarang penyusunan semula bagaimanapun memerlukan fakta yang jelas terlebih dahulu.

“Kecuali kita ada fakta yang jelas, kita boleh hujah balik, kita boleh bagi syor,

OK, kamu boleh kurangkan anggota SB 15 peratus, atau 20 peratus, atau 50 peratus.

“Kita tidak tahu. Jadi apa yang kita boleh gesa, pihak pengurusan polis sendiri lebih arif dan lebih tahu, adakah suasana sekarang memerlukan sedemikian,” katanya dalam wawancara panjang bersama Malaysiakini di rumahnya di Shah Alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan