Senarai Blog Saya

Ahad, 19 Ogos 2012

PAS amal politik tidak matang isu Nasharudin bertemu PM di Makkah - Mustapa

August 19 2012 PUTRAJAYA 19 Ogos . Pemimpin dan anggota PAS dilihat mengamalkan politik tidak matang dalam isu pertemuan bekas timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Makkah kata Pengerusi Barisan Nasional BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed .

Mereka sepatutnya mengamalkan politik secara terbuka tidak bermakna jumpa dan bergambar bersama nak sertai terus Kita perlu matang dalam berpolitik bukan macam budak-budak, katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ditemui pada majlis RumahTerbuka Aidilfitri Najib bersama anggota Kabinet di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini.

Pada Khamis lepas selepas pulang dari Makkah Nasharudin berkata pertemuan antara Najib dan para ulama di Makkah baru-baru ini tidak sedikit pun menyentuh soal Umno atau PAS kerana isu yang dibincangkan adalah lebih besar daripada itu iaitu mengenai ummah.

Sehari sebelum itu Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak hairan jika Nasharudin keluar daripada PAS setelah dilihat bersama Najib di Makkah pada Selasa lepas.

Mengulas isu pertikaman lidah antara Nasharudin dan Pengerusi DAP Karpal Singh mengenai isu hudud Mustapa berkata perkara berkenaan melibatkan kedua-dua individu tersebut dan BN tidak akan masuk campur terhadap soal tersebut - Bernama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan