Senarai Blog Saya

Sabtu, 18 Ogos 2012

 

Tiga Lagi Klinik 1Malaysia Akan Beroperasi Di Negeri Sembilan



SEREMBAN, 18 Ogos – Tiga lagi klinik 1Malaysia (K1M)dijangka beroperasi di Negeri Sembilan tahun ini iaitu di Taman Desa Melang, Kuala Pilah; Taman Sri Cempaka, Bahau dan Taman Bukit Mika 1, Lobak, Seremban.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Ismail Taib berkata ketiga-tiga klinik berkenaan kini dalam proses pengubahsuaian.
Beliau memberitahu Bernama setakat ini terdapat enam buah K1M beroperasi di Negeri Sembilan iaitu di Taman Semarak 2, Nilai, Taman Seremban Jaya dan Taman Rasah Jaya, Seremban yang beroperasi sejak 7 Jan, 2010.
Dua buah klinik lagi mula beroperasi pada 10 Jan 2010 iaitu di Taman Gadong Indah, Labu dan Jalan Pantai, Sikamat, manakala klinik di Taman Intan Perdana, Port Dickson pula mula beroperasi sejak 7 Jan.
Katanya K1M dikendalikan penolong pegawai perubatan, jururawat kesihatan dan pembantu perubatan dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
“Perkhidmatan yang disediakan itu memudahkan penduduk yang tinggal di kawasan bandar mendapatkan rawatan perubatan ringan. Selain itu, ia dapat mengurangkan beban pesakit di klinik kawasan bandar yang sedia ada,” katanya.
Ismail berkata antara skop perkhidmatannya ialah rawatan ringan, susulan kes penyakit kronik, prosedur rawatan ringan dan boleh turut sama mendapatkan notifikasi kes penyakit berjangkit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan