Senarai Blog Saya

Sabtu, 25 Ogos 2012


Kenapa pemimpin DAP terlalu Berdendam dengan Tun Mahathir, adakah disebabkan Tun membela Melayu


Sejak Anwar mula menjadi pengkhianat kepada orang Melayu, pemimpin DAP pula mula mengambil kesempatan untuk 'membelasah' Tun Mahathir Mohamad di atas dendam kesumatnya sejak dahulu(sejak 13 Mei). Mereka tahu orang Melayu yang menhyokong mereka akan menyokong tindakan mereka.


Sejak akhir-akhir ini Tun Mahathir sering menjadi mangsa propaganda pemimpin  DAP untuk menanamkan perasaan benci sehinggakan orang Melayu yang menyokong DAP pun membenci Tun Mahathir.

Kata Tun Mahathir, “Saya bersedia (tetapi) kenapa nak serang saya lagi... saya bukan ada kuasa. Seolah-olah kebencian kepada saya tidak boleh dihilangkan,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh, memohon supaya bekas Perdana Menteri itu disapina supaya hadir ke mahkamah bagi memberi keterangan.

Dr Mahathir berkata, dakwaan Karpal bahawa beliau sewaktu debat pindaan Perlembagaan pada 1993 mengeluarkan kata-kata yang jauh lebih berbaur hasutan terhadap raja-raja Melayu berbanding kata-katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya, empat tahun lalu, perlu dibuktikan.

“Tunjukkan saya hansard (Parlimen) apa yang saya cakap yang dianggap sebagai menghasut. Undang-undang yang diluluskan ketika itu adalah berkenaan tindakan raja-raja yang di luar daripada tugas rasmi mereka.

“Dalam tugas rasmi, kita tak boleh ambil tindakan... bukan sebarang tindakan boleh diambil,” katanya pada sidang media selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman turut menghadiri majlis itu.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Mahkamah Tinggi menetapkan Khamis ini untuk memutuskan sama ada Dr Mahathir, bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail wajar disapina atau tidak bagi memberi keterangan menyokong permohonan Karpal bagi menggugurkan pertuduhan terhadapnya mengikut Akta Hasutan 1948.

Dr Mahathir berkata, pembangkang sering bergerak dengan menggunakan kebencian terhadap kerajaan untuk menagih sokongan rakyat tetapi mereka dibiarkan tanpa apa-apa tindakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan