Senarai Blog Saya

Khamis, 30 Ogos 2012

PRU13: Lajim rancang tubuh parti politik baru

 

 
Bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Lajim Ukin bercadang menubuhkan sebuah parti politik baru yang mewakili Bumiputera Islam di Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
  
Katanya permohonan rasmi untuk penubuhan parti itu akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa 10 hari ini.
NONE   
"Sekiranya ROS meluluskan permohonan ini, maka kami akan
bertanding di bawah parti baru," kata bekas timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu dalam satu sidang media semalam.

Lajim, yang telah mengasaskan Pakatan Angkatan Rakyat (PPS), sebuah badan bukan kerajaan, baru-baru ini, bagaimanapun enggan memberikan nama parti baru itu.
  
"Kami sudah mempunyai logo dan perlembagaan telah digubal...barisan kepimpinan pun sudah diatur," katanya.
  
Lajim, 57, berkata seandainya ROS menolak permohonan mereka maka beliau dan pengikutnya besar kemungkinan bertanding atas tiket pakatan pembangkang.
  
Bulan lalu, Lajim melepaskan jawatan sebagai ahli MT Umno, ketua Umno bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort dan tidak sebagai ahli Umno.
  
Berikutan tindakan itu, pelantikan sebagai timbalan menteri kemudian dibatalkan.-Bernama

13,000 peserta jayakan sambutan hari Kemerdekaan

 
Perbarisan sempena ulang tahun ke-55 kemerdekaan negara peringkat nasional di Dataran Merdeka hari ini dijayakan oleh 13,000 peserta pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum khususnya generasi muda.

Bertemakan '1Malaysia Janji Ditepati', perhimpunan perbarisan bermula sebaik keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tepat pada pukul 8 pagi dengan disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
  
Sebaik tiba, Yang di-Pertuan Agong mengambil tabik hormat sebelum lagu 'Negaraku' dimainkan oleh Pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja.

Pada masa yang sama, tujuh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan lintas hormat dengan membawa Jalur Gemilang, bendera Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Darat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), sambil melepaskan asap berwarna merah, biru dan kuning yang melambangkan warna bendera Malaysia.

Tuanku Abdul Halim kemudian berkenan memeriksa Kawalan Kehormat Utama terdiri empat pegawai dan 103 anggota Satu Rejimen Askar Melayu Diraja dan diikuti dengan laungan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali sebelum diikuti dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang diiringi lagu 'Negaraku' dan tembakan meriam 14 das.

Sambutan kemuncak kemerdekaan negara diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negara oleh 55 peserta yang mewakili pelajar dan guru, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, agensi kerajaan dan badan berkanun serta orang kurang upaya dengan berpakaian pelbagai kaum sebagai simbolik dengan diketuai oleh pelajar Sekolah Menengah Taman Melawati Gombak Azrai Abdul Aziz.
  
Ia disusuli dengan laungan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali diikuti laungan 'Janji Ditepati' sebanyak tiga kali.

Acara diteruskan dengan persembahan segmen pertama mengenai Rukun Negara yang disampaikan melalui bicara berirama dengan penuh berwarna warni oleh para pelajar.
  
Diikuti dengan perarakan masuk perbarisan yang dimulakan dengan pancaragam Angkatan Tentera Malaysia dan dikuti dengan kontinjen membawa Jalur Gemilang  dan kontinjen membawa bendera kesemua 13 negeri dan Wilayah Persekutuan.

Buat julung kali perbarisan kontinjen agensi kerajaan diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dengan diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
  
Kontinjen agensi kerajaan turut dianggotai oleh pemimpin tertinggi setiap kementerian itu iaitu ketua setiausaha kementerian masing-masing selaras dengan  tema perayaan Hari Kemerdekaan tahun ini "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati".

Ahad, 26 Ogos 2012

Karpal Yang Terjerat Oleh Kebodohan Sendiri, Cuba "Menjerat" Mahathir Pula???



Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mengemukakan petikan daripada hansard Parlimen yang didakwanya sebagai bukti bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan menghasut ke atas Raja-Raja semasa perbahasan di Parlimen yang membawa kepada pindaan perlembagaan 1993 ke atas kekebalan Raja-Raja.

Katanya, Mahathir menyatakan perkara itu ketika membentangkan usul bagi pindaan terbabit, berhubung penubuhan Mahkamah Khas bagi menghapus kekebalan Raja-Raja daripada proses perundangan.

Beliau seterusnya menggesa Mahathir supaya hadir ke perbicaraan yang sedang berlangsung ke atasnya.


Perbicaraan berkenaan adalah berhubung kenyataan MP Bukit Gelugor itu dalam satu sidang media pada 6 Februari 2009, bahawa tindakan undang-undang boleh diambil ke atas Sultan Perak atas peranan dalam krisis perlembagaan di negeri itu pada tahun berkenaan.

"Saya cabar Mahathir supaya datang ke mahkamah secara sukarela di perbicaraan saya dan mengakui serta menjelaskan apa yang dinyatakan di Parlimen pada 18 Januari 1993.

Sumber Klik sini.


Komen Isac;

Apalah Karpal ni.... "Bodoh" tahap piang!!!! Nama aje peguam berpengalaman....

Bukan kah ahli parlimen Pembangkang selalu menggunakan Dewan Rakyaat untuk melontarkan fitnah2 jahat ke atas pemimpin2 kerajaan kerana mereka tahu, segala kenyataan di dalam dewan tersebut tidak boleh dikenakan tindakan di mahkamah.

Semua fitnah yang dilontarlkan tidak perlu dipertanggung-jawabkan, tak perlu kemukakan bukti dan tidak boleh didakwa di mahkamah...

Itulah cara mudah mereka untuk "menyerang" pihak lawan....

Bagi penyokong2 yang bodoh, mereka akan terus percaya dengan dakwaan yang dilontarkan....

Jika "hansard" boleh dijadikan bukti.... Dakwaan Karpal bahawa DS Anwar Ibrahim telah melakukan liwat, seks luar tabii dan seks bebas sebagaimana yang didakwa beliau dan tercatat dalam hansard Dewan Rakyaat pada tahun 1998 boleh digunakan untuk mensabitkan salah-laku DSAI.....

Sabtu, 25 Ogos 2012


Najib Minta Rakyat Tidak Buat Perubahan Yang Belum Pasti Ada Kebaikan




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat supaya tidak membuat ‘perubahan’ yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka.

Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya.

“Kita mestilah berpegang kepada sesuatu yang kita tahu, Insya-Allah kita (kerajaan BN) akan membawa kepada keadaan yang lebih baik pada masa akan datang,” kata Najib ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar dekat sini, hari ini.

Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mudah termakan janji manis pembangkang yang ternyata gagal mentadbir empat buah negeri yang dimenangi selepas pilihan raya umum 2008.

Katanya tidak semua perubahan yang dijanjikan akan memberi kebaikan kepada rakyat namun kerajaan pimpinan BN sejak era Tunku Abdul Rahman telah membawa pelbagai perubahan yang kini dinikmati oleh rakyat.

“Kita tak boleh tukar kerajaan sebab (semata-mata) sudah sampai masa kita (perlu) buat perubahan, tapi (sebaliknya) kita (BN) bukan nak bawa perubahan tapi nak sesuatu yang lebih baik.

“Tidak semestinya (semua) perubahan itu membawa kepada kebaikan ada juga membawa kepada sesuatu yang tidak dijangka malah lebih buruk dari apa yang kita kecapi hari ini,” katanya.

Kerajaan BN sekarang meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin-pemimpin sebelum ini dalam usaha menambah nilai dan membina perubahan yang lebih baik untuk mencapai Wawasan 2020.

Beliau berkata negara maju pun jika tidak ditadbir dengan baik dan gagal membina kekayaan baru ia juga akan runtuh dan menyebabkan ekonomi negara mereka gawat seperti yang berlaku di beberapa negara Eropah yang mengalami masalah pengangguran dan kemelesetan ekonomi.

“Hakikatnya kita tak boleh terima bantuan demi bantuan tanpa memikirkan macam mana nak mencipta dan menjana kekayaan…negara yang bagi bantuan tanpa jana pndapatan baru, ekonomi negara akan menghadapi masalah,” katanya.

Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah adalah di antara lebih 70,000 tetamu menghadiri majlis rumah terbuka Perdana Menteri.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan kepimpinan negeri.

Umno berisiko kehilangan undi wanita

 

Secara tradisinya, wanita adalah sangat penting dalam demografi Umno dengan sayap Wanita parti dilihat sebagai tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN) — memastikan undi dari suri rumah dan golongan wanita.
Akan tetapi terdapat kerisauan bahawa golongan ini semakin dipinggirkan oleh kerana BN terlalu memberi fokus kepada usaha mendapatkan undi orang muda.

"Terdapat keperluan bagi Wanita Umno untuk menggunakan kembali sistem lama untuk pulang ke kawasan masing-masing dan melawat dari rumah ke rumah. Ini sangat penting.”

"Ketika melakukannya dulu, apa yang dilihat dalam keputusan pilihan raya, hanya terdapat margin kesilapan yang kecil berbanding apa yang kami jangkakan, hanya berbeza 100 atau 200 undi,” kata ketua Wanita Umno bahagian Cheras, Datuk Faridah Abu Hassan.

Beliau juga menyatakan sayap wanita kelihatan menjauhkan diri daripada cara kempen tradisi yang terbukti berjaya membantu parti sebelum ini.

 "Mereka lebih suka menggunakan media online dan anjurkan program besar yang dihadiri dari 10,000 hingga 30,000 akan tetapi tidak ada apa yang nak dibuktikan seperti apa yang berlaku pada 2008," katanya.

Kedua anak muda dan wanita telah dikenalpasti oleh pemerhati politik dan penganalisis sebagai kunci untuk menentukan siapa yang bakal mengambil alih Putrajaya.

BN dan Pakatan Rakyat (PR) dilihat sudah terkunci dengan apa yang dikatakan sebagai persaingan paling sengit dalam sejarah pilihan raya.

Mengikut analisis politik terutama pengundi atas pagar dalam PRU ke 13, wanita yang bekerja dan juga suri rumah dan anak muda sangat penting bagi menentukan keputusan pilihan raya.

Golongan wanita serta remaja terutama pengundi baru sangat penting kerana jumlah mereka separuh dalam daftar pemilih dan mereka mengundi berdasarkan isu dan pengalaman,

“Mereka lebih mementingkan apa yang boleh ditawarkan oleh parti politik dan mereka ini lebih pragmatik,” kata.

“Mereka juga merahsiakan undi mereka sehingga saat akhir, sebab itu sangat sukar untuk mengetahui siapa yang akan mereka undi, sebab itu PAS dan Umno berkempen sehingga saat akhir,

Mereka mengakui cara lama menggunakan sentuhan peribadi dengan berkempen dari rumah ke rumah telah digantikan dengan perhimpunan besar dimana wang tunai diberikan kepada keluarga yang kurang bernasib baik.

“Wanita muda hari ini berhenti kerja kerana tiada siapa yang akan menjaga anak mereka di rumah.” BN haruslah mencari jalan untuk memenangi hati mereka apalagi sekarang mereka sudah membaca blog dan mendengar khabar angin.”

Kedua-dua BN dan PR sudah mengalihkan perhatian mereka kepada ekonomi dengan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengumumkan pusingan kedua pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

PR juga berjanji untuk menurunkan cukai kereta sebagai langkah untuk mengurangkan perbelanjaan isi rumah.

Dengan ekonomi bertumbuh dengan mengejut pada 5.4 peratus pada suku kedua, menafikan ramalan pakar ekonomi memberikan faktor ‘rasa baik’ menjelang pilihan raya akan datang

Walaupun dipijak kepala oleh Karpal Singh pun Pas sanggup asalkan dapat bersama DAP


ABDUL Hadi Awang (tengah) pada sidang media yang turut dihadiri Mustafa Ali (kanan) dan Mohamad Sabu di Bangunan Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, semalam
Pas yang menggugurkan perjuangan menubuhkan negara Islam bukan sahaja gagal menyatakan pendirian tegas mengenai isu hudud sebaliknya terus berdolak-dalik dalam usaha yang dilihat mahu menjaga hati DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh.

Kenyataan-kenyataan pemimpin Pas dilihat terlalu takut dengan karpal singh sehinggakan sanggup dipijak kepala oleh Karpal Singh asalkan dapat bersana dengan pakatan rakyat kep putrajaya.

Meskipun dihina Pengerusi DAP dalam isu hudud, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang akhbar hari ini tetap berkata, Pas tidak pelik dengan penentangan Karpal dan beliau memberi alasan DAP hanya sebuah parti pembangkang bukan kerajaan yang memerintah.

Beliau juga secara berterusan cuba berdalih mengenai kegagalan Pas bangkit menjawab kritikan pedas Karpal dan seperti dijangka sebagaimana yang lepas-lepas, Abdul Hadi menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pula.
Adakah mesti bodoh untuk jadi pemimpin Pemuda PAS?
Kira-kira pukul lapan lebih pagi tadi, saya terima sms berikut dari seorang kawan:
"Salam, maaf tumpang tanya sikit - adakah kebodohan mesti merupakan important criteria utk menjadi pemimpin dlm Pemuda PAS?"
Saya hanya jawab balik, "tak berani nak kata tidak".

Saya memohon orang-orang muda di dalam PAS mengambil tindakan yang sepatutnya. Saya bimbang satu hari nanti Pemuda PAS akan dilihat sinonim dengan kebodohan. Saya takut nanti orang kata "pemimpin Pemuda PAS dan kebodohan berpisah tiada".

Saya takut nanti bila disebut Pemuda PAS, orang terus kata, "oh, gerombolan bodoh tu". Saya takut nanti, bila orang nampak ja muka atau kelibat pemimpin-pemimpin Pemuda PAS, orang pun terus terdetik dalam hati, "bangang tu".

Kalau imej bodoh itu hanya fitnah, itu senang cerita. Tetapi, bagaimana kalau ia benar?

Untuk rekod, dah bertahun dah saya tulis dalam blog ini bahawa nak lawan Umno mestilah dipimpin oleh orang-orang yang cerdik dan rajin. Apa pun kelemahan pihak yang lawan Umno, janganlah berhenti berdoa dan berusaha agar Allah s.w.t. musnahkan kuasa parti itu.

Jangan jadi anak Umno yang beribu bapakan orang atau pemimpin PAS.

Kenapa pemimpin DAP terlalu Berdendam dengan Tun Mahathir, adakah disebabkan Tun membela Melayu


Sejak Anwar mula menjadi pengkhianat kepada orang Melayu, pemimpin DAP pula mula mengambil kesempatan untuk 'membelasah' Tun Mahathir Mohamad di atas dendam kesumatnya sejak dahulu(sejak 13 Mei). Mereka tahu orang Melayu yang menhyokong mereka akan menyokong tindakan mereka.


Sejak akhir-akhir ini Tun Mahathir sering menjadi mangsa propaganda pemimpin  DAP untuk menanamkan perasaan benci sehinggakan orang Melayu yang menyokong DAP pun membenci Tun Mahathir.

Kata Tun Mahathir, “Saya bersedia (tetapi) kenapa nak serang saya lagi... saya bukan ada kuasa. Seolah-olah kebencian kepada saya tidak boleh dihilangkan,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh, memohon supaya bekas Perdana Menteri itu disapina supaya hadir ke mahkamah bagi memberi keterangan.

Dr Mahathir berkata, dakwaan Karpal bahawa beliau sewaktu debat pindaan Perlembagaan pada 1993 mengeluarkan kata-kata yang jauh lebih berbaur hasutan terhadap raja-raja Melayu berbanding kata-katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya, empat tahun lalu, perlu dibuktikan.

“Tunjukkan saya hansard (Parlimen) apa yang saya cakap yang dianggap sebagai menghasut. Undang-undang yang diluluskan ketika itu adalah berkenaan tindakan raja-raja yang di luar daripada tugas rasmi mereka.

“Dalam tugas rasmi, kita tak boleh ambil tindakan... bukan sebarang tindakan boleh diambil,” katanya pada sidang media selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman turut menghadiri majlis itu.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Mahkamah Tinggi menetapkan Khamis ini untuk memutuskan sama ada Dr Mahathir, bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail wajar disapina atau tidak bagi memberi keterangan menyokong permohonan Karpal bagi menggugurkan pertuduhan terhadapnya mengikut Akta Hasutan 1948.

Dr Mahathir berkata, pembangkang sering bergerak dengan menggunakan kebencian terhadap kerajaan untuk menagih sokongan rakyat tetapi mereka dibiarkan tanpa apa-apa tindakan.

DAP Parti Untuk Bukan Melayu Nazri Aziz

 

ATM tabah jaga keamanan

 
Pegawai ATM, Kapten Dr. Haurul Ain (tiga dari kiri) bersama anak-anak yatim yang menerima sumbangan tudung di Afghanistan, kelmarin. - IHSAN ATM. Haurul Ain (tiga dari kiri) bersama anak-anak yatim yang menerima sumbangan tudung di Afghanistan, kelmarin. - IHSAN ATM.

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Walaupun berjauhan dari kaum keluarga dan sanak-saudara ketika sambutan Syawal, namun ia tidak mematahkan semangat 1,020 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang berkhidmat di Afghanistan, Lebanon dan Selatan Filipina untuk meraikan Aidilfitri.

Sambutan hari raya oleh anggota-anggota terbabit hanya secara ala kadar, memandangkan tugas berat yang perlu dipikul dalam menjaga keamanan sepanjang masa.

Panglima Markas Angkatan Bersama (MAB), Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, semangat anggota-anggota ATM itu tetap tinggi dalam menabur bakti kepada keamanan sejagat.

Hentikan Polemik Politik Tumpukan Usaha Untuk Kemenangan BN

Khamis, 23 Ogos 2012

Pengundi muda atas pagar dan wanita, kunci kemenangan PRU 13

Oleh:Ida Lim

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Satu daripada sepuluh pengundi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang adalah pengundi kali pertama dan di mana mereka bersandar akan menentukan siapa yang mengambil Putrajaya.
Penentuan takdir Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) sudah terkunci dalam perebutan mendapatkan sokongan menjelang pilihan raya akan dating  — dikatakan sebagai ibu segala pilihan raya.

Penganalisis politik dan pemerhati mengatakan golongan atas pagar — terutama wanita yang bekerja di rumah dan pengundi muda — akan menjadi penting dalam menentukan keputusan pilihan raya, perlu diadakan selewat-lewatnya pada April 2013.

“Mereka (pegundi atas pagar) akan menentukan siapa bakal menang atau kalah oleh kerana terdapat jumlah besar kerusi (dalam PRU lalu) dimenangi dengan margin kecil,” kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Center.
Anwar Ibrahim menganjurkan live chat di Google Hangout dalam usaha untuk menarik pengundi muda.
Sehingga akhir tahun lepas, bilangan pengundi yang layak telah berkembang daripada 10.9 juta pada 2008 kepada 12.2 juta rakyat Malaysia, peningkatan sebanyak 1.3 juta.

Jumlah pengundi akan bertambah jika pilihan raya diadakan pada tahun hadapan.

Rabu lalu, DAP dilihat sebagai yang pertama melihat kepentingan pengundi baru apabila mereka melancarkan kempen nasional bagi menggalakkan pendaftaran pengundi.

DAP berkata mereka akan membuat satu usaha terakhir bagi mendaftarkan lebih ramai pengundi baru dalam usaha untuk mengatasi kelebihan tipis dalam undi popular BN menangi berbanding PR pada PRU 2008.

BN memperolehi 4.08 juta undi pada tahun 2008 berbanding dengan PR 3.79 juta undi — perbezaan sebanyak 290,000 undi — dan pembangkang persekutuan berharap pengundi baru pada pilihan raya akan datang boleh membantu menambahkan baki ke arah parti PR, terdiri daripada DAP, PAS dan PKR.

DAP berkata kempen pendaftaran pengundi di seluruh negara akan bermula sebelum 15 September, dengan jangkaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil PRU pada bulan Januari.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), masih terdapat 3.3 juta pengundi tidak berdaftar.
Menurut Ibrahim, pengundi baru terdiri daripada dua kumpulan besar iaitu orang muda dan wanita yang bekerja di rumah.

“Pengundi atas pagar cenderung sama ada sangat berpengetahuan atau orang-orang yang kurang berpengetahuan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.

Kata beliau, yang berpengetahuan masih “ragu-ragu” kepada BN, tetapi “tidak begitu mesra” kepada PR.
Ibrahim berkata bahawa “wanita yang tidak menjadi tenaga kerja ... cenderung untuk kurang terdedah kepada perkembangan politik atau sebaliknya (mendapatkan) pandangan berat sebelah ... sukar untuk mendapatkan maklumat alternatif.”

Tambah beliau lagi, pengundi atas pagar akan menjadi lebih penting di kawasan separa bandar atau luar bandar oleh kerana majority penduduk bandar menyokong PR.

Ekonomi akan kekal menjadi kebimbangan utama Malaysia, Ibrahim berkata faktor lain yang boleh mempengaruhi pengundi adalah pilihan calon dan cara kempen pilihan raya dijalankan.

Anuar Mohd Nor, pengarah eksekutif Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA), berkongsi pandangan Ibrahim bahawa “adalah penting bagi kedua-dua BN dan PR untuk mengiktiraf golongan atas pagar”.

“Kedua-dua BN dan PR memberi tumpuan kepada golongan atas pagar terutama pengundi muda,” kata Anuar sambil menambah bahawa kaedah kempen mereka telah berubah.
Beliau berkata bahawa kedua-dua pihak telah menyesuaikan kempen mereka untuk merapati “generasi baru”, termasuk penggunaan meluas Internet dan muzik.

Apabila ditanya jika usaha baru-baru ini BN akan mempengaruhi pengundi muda, beliau menegaskan bahawa “setiap kebaikan mempunyai tarikh luput” oleh kerana orang akan lupa apakah langkah-langkah telah diambil.

Beliau berkata, mereka sebaliknya akan membuat keputusan “mengenai isu-isu semasa terutama apabila ia menyentuh tentang kehidupan harian mereka” walaupun sehampir dua minggu sebelum tarikh pilihan raya.

Tetapi Anuar berkata, kedua-dua pihak perlu “bekerja melalui dasar-dasar sekarang” dan tidak memberikan penyelesaian hanya apabila pilihan raya semakin hampir, memetik Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dari BN — skim mana satu pembayaran RM500 setiap satu telah diberikan kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah yang rendah.

Kedua-dua penganalisis bersetuju bahawa isu-isu “rasuah dan integriti” akan mengalihkan undi di kalangan pengundi muda, dengan Anuar menyatakan untuk mendedahkan skandal oleh BN dan PR.

Pentadbiran Najib telah mensasarkan belia dengan menganjurkan Perhimpunan Satu Juta Belia di Putrajaya pada Mei dan baru-baru ini melancarkan program sukarelawan Belia 1Malaysia Untuk Anda (1M4U).

BN juga telah secara agresif meningkatkan aktiviti ruang siber dengan portal berita pro-BN dan peningkatan bilangan penyokong yang menyertai Twitter.

Populariti ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Internet adalah jauh di belakang Najib, dengan pengikut akaun Facebook beliau kurang  tanda “suka” berbanding Najib.
Pengikut Twitter Najib juga lebih banyak daripada Anwar.

Dalam usaha untuk menarik pengundi muda yang celik Internet, Anwar menganjurkan live chat di Google Hangout baru-baru ini, pertama bagi ahli-ahli politik di Malaysia dan Asia Tenggara

Bekas-bekas pegawai dan guru Agama Kor Agama (Kagat) ATM tidak pernah wujud

Bekas-bekas pegawai Kor Agama (Kagat) dan guru agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kononnya akan menganjurkan satu perjumpaan bagi mengutip dana mengisi tabung wakaf Lebuh Raya Rakyat tidak pernah wujud.

Bukan itu sahaja perjumpaan mereka hanya beberapa orang sahaja guru Agama yang pro-pembangkang sejak masih berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia lagi.

Menurut sumber dalaman, Mohamed Kassim yang juga merupakan jurucakap bagi pihak persatuan Bekas-bekas pegawai Kor Agama (Kagat) dan guru agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga tidak dikenali.

Menurut sumber lagi, Mohamed Kasim juga adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim dan pernah mengajak semua guru agama berkumpul bagi merayakan pengambilan tampuk pemerintahan pentadbiran Malaysia pada 16 September yang lalu.

Menurut sumber daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Bekas-bekas pegawai Kor Agama (Kagat) dan guru agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak pernah berdaftar dengan Persatuan Bekas Tentera Malaysia.

Mohamed Kasim yang mengaku bekas Pegawai Waran 1 bersara sejak 14 tahun lalu juga tidak dikenali ramai dan cuba mengheret guru Agama lain ke dalam kancah politik kotor pembangkang.

Kenyataan Mohamed Kasim bahawa, sebahagian besar bekas pegawai Kagat dan guru agama seangkatan dengannya pernah berguru dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika belajar di Maahad Muhammadi pada 1965-1967 adalah tidak benar.

Ramai guru Agama dalam Angkatan tentera datangnya dari negeri Kedah dan Johor.

"Itu merupakan taktik muslihat pembangkang untuk menagih simpati daripada semua pengundi setelah Lebuhraya Rakyat yang di lancar oleh Nik Aziz tidak mendapat sambutan oleh rakyat Kelantan sendiri", kata sumber dalaman bekas pegawai Kagat sendiri.

Rabu, 22 Ogos 2012

MIC Optimis dapat rebut semula Kerusi Parlimen Sungai Siput




MIC secara optimis dapat memenangi semula kerusi Parlimen Sungai Siput yang sebelum ini menjadi kerusi tradisi parti itu. Sebelum ini kerusi Parlimen Sungai Siput menyaksikan Samy Vellu tewas ditangan Dr D Jeyakumar untuk Parlimen Sungai Siput yang telah dipegangnya selama 9 penggal. Jeyakumar memperolehi 16,874 undi dan Samy 14,408. Satu saat dukacita untuk Samy Vellu yang menyambut hari lahirnya yang ke 72.


Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Murugesan bagaimanapun berkata, ia bukan satu perkara mudah untuk memenangi semula kerusi itu namun pihaknya akan berusaha keras dalam pilihan raya umum nanti.

"Kita optimis dengan peluang untuk memenangi semula kerusi berkenaan tetapi terpaksa mengakui ia bukan tugas mudah," katanya.

Mengenai senarai calon sesuai untuk dipertandingkan di kawasan itu, beliau menyerahkan semuanya kepada pucuk pimpinan tertinggi parti itu.

"Itu kita serahkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel untuk mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,membuat keputusan yang terbaik untuk penduduk Sungai Siput," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, berkata MIC yang akan bertanding disembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri seluruh negara yakin parti itu mampu mencapai keputusan terbaik.

"Namun, kita tidak boleh mengambil sikap sambil lewa kerana suasana politik semasa menuntut pihaknya melihat semua kawasan bakal ditandingi sebagai bukan kerusi mudah," katanya.

Secara prinsipnya setakat ini MIC dilihat masih tidak bermaya di Sungai Siput.

Kaji Semula Dasar Pemilikan Hartanah Warga Asing: SPNB

 
 

Dasar pemilikan hartanah oleh warga asing perlu dikaji semula bagi mengekang kenaikan harga rumah yang membataskan peluang rakyat tempatan untuk membeli rumah, kata Pengarah Urusan, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Dr Kamarul Rashdan Baba.

Katanya, keputusan kerajaan menurunkan had pembelian warga asing daripada RM1 juta kepada RM500,000 pada 2010 dikenalpasti antara faktor menyumbang kepada kenaikan harga rumah di negara ini.
Ia menyebabkan ramai pemaju menaikkan harga rumah yang sepatutnya dalam lingkungan RM400,000 kepada RM500,00 untuk menarik pembeli warga asing sekaligus menjadikan harga rumah semakin sukar beli rakyat tempatan, tambahnya lagi.

“Walaupun dasar ini untuk pembangunan sektor hartanah tetapi ia memberi impak negatif kepada usaha kerajaan untuk memastikan rakyat tempatan memiliki rumah sendiri,” katanya kepada pemberita di majlis terbuka Aidilfitri di rumahnya di Taman Meru, Selasa.

Beliau mengulas akhbar baru-baru ini mengenai keluhan rakyat supaya kerajaan dapat melakukan sesuatu berkaitan harga rumah dala Bajet 2013.

Menurut Kamarul Rashdan lagi, tindakan menaikkan harga rumah itu kemudian akan memberi kesan domino dan petunjuk palsu kepada pemaju lain yang turut menaikkan harga untuk rumah kos lebih rendah.

Dalam perkembangan berkaitan, SPNB katanya, merancang membangunkan lebih banyak projek perumahan mampu milik di luar Lembah Klang kerana kos tanah lebih murah.

Sehubungan itu, pihak terbabit katanya, berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi melaksanakan projek perumahan mampu milik di atas tanah negeri.

Sejak 2003, syarikat itu berjaya menjual 23,000 daripada 27,000 rumah mampu milik yang dibina pada kadar harga RM100,000 seunit.

Undi Golongan Muda Akan Bantu BN Rampas Empat Negeri Pembangkang

 
 
Empat buah negeri yang tawan pembangkang bakal dirampas kembali oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berdasarkan sambutan golongan muda yang  mendaftar nama sebagai pemilih menerusi kaunter khas yang dibuka Pemuda di seluruh negara.

Exco Pemuda Umno, Hisamuddin Yahya berkata, Pergerakan Pemuda Umno cukup yakin untuk merampas semula Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang pada PRU13 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja.

“Hasil daripada gerak kerja yang dijalankan Pemuda sejak tiga tahun lalu telah berjaya menarik ramai golongan muda untuk mendaftar sebagai pemilih sekaligus menjadikan mereka sebagai undi penentu kemenangan BN pada PRU13 akan datang.

“Boleh dikatakan di semua negeri yang dikuasai pembangkang, golongan muda kini dilihat mampu merealisasikan hasrat BN merampas semula negeri tersebut.

“Berdasarkan statistik bagi suku pertama tahun ini,  Kelantan mencatatkan sebanyak 441,939 pengundi muda atau 49.38 peratus daripada 894,915 pengundi berdaftar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Diikuti Selangor sebanyak 853,107 atau 43.14 peratus daripada 1,977,332 pengundi; Kedah 436,840 daripada 1,013,888; Pulau Pinang 307,755 daripada 826,135 dan Wilayah Persekutuan 281,041 daripada 775,514 pengundi,” katanya selepas Program Ziarah Ramadan Pemuda Umno anjuran Pemuda Umno pusat di Madrasah Al-Nasariah Kampung Pendiat, Bota Kanan dekat Parit hari ini.
Terdahulu Hisamuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keahlian dan Pemilih Pemuda Umno pusat turut menyampaikan duit raya kepada lebih 30 orang anak yatim dan warga emas sempena sambutan Hari Raya, esok.

Menurutnya,  Pemuda juga mengenalpasti sebanyak 179 daripada 222 buah kerusi Parlimen pada PRU13 akan datang turut ditentukan oleh golongan muda berusia di bawah 40 tahun.

“Kita yakin kesemua kerusi berkenaan akan dikuasai oleh BN termasuk merampas semula 13 Kerusi Parlimen di Kelantan, Selangor (10), Pulau Pinang (8), Kedah (5) dan Wilayah Persekutuan (6).

“Justeru itu, semua jentera Pergerakan Pemuda Umno Negeri dan bahagian diminta terus mendekati kira-kira 5,428,303 pengundi muda sebagai persiapan menghadapi PRU13 akan datang,” katanya.

Hisamuddin berkata langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mengenal pasti tempat tinggal mereka bagi memudahkan jentera pilihan raya selain melengkapkan maklumat dan data daripada setiap keluarga supaya golongan muda yang bekerja di negeri lain dapat pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Menurutnya,  jentera pilihan raya juga boleh mendekati mereka sempena ketibaan bulan Syawal dengan menganjurkan program majlis rumah terbuka termasuk membantu mereka yang kurang berkemampuan seperti anak yatim, ibu tunggal dan warga emas.– Nooraini Mahamad.(Perak Today)





 

Karpal boleh buat PAS hilang undi






Kuala Lumpur, 22 Ogos : Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan cadangan pelaksanaan Hukum Hudud diperjuangkan PAS boleh menjejaskan undi Melayu kepada parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nik Mohamad Abduh, berkata tindakan Karpal itu memberi gambaran kepada orang ramai terutama umat Islam bahawa DAP tidak mesra Islam serta orang Melayu.

Nik Mohamad, yang juga anak kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, tindakan pemimpin DAP itu yang mempertikaikan keupayaan syariat Islam (Hukum Hudud) untuk menjamin keselamatan dan keadilan rakyat adalah bercanggah dengan pendirian dipersetujui dalam pakatan pembangkang.

Menjejaskan undi

Dari sudut sentimen, kelihatan Karpal Singh, melalui beberapa kenyataan terakhirnya, terlalu yakin DAP tidak memerlukan undi Melayu untuk menang selesa. Sama ada itu satu risiko yang boleh diserap oleh DAP atau tidak, tapi bagi saya hampir pasti boleh menjejaskan undi rakannya dalam Pakatan terutama PAS. Walaupun berhak atas nama hak bersuara untuk bercakap dan mengkritik, tetapi atas nama hak kesepakatan bersama pakatan juga perlu untuk tidak memanaskan isu yang ‘setuju untuk tidak bersetuju’, termasuk perihal dasar perjuangan setiap parti.

Sama ada kritikan beliau itu atas premis mempertahan sekularisme negara ataupun jahil mahupun keras pedal atau anti Islam, semua itu mendorong kepada andaian bahawa DAP tidak mesra agama Islam dan undi Melayu, katanya dalam laman sosial facebooknya, di sini, semalam.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mempertahankan pendiriannya bahawa Karpal adalah pemimpin DAP yang anti Islam dan sedia berdepan pemimpin veteran pembangkang di mahkamah.

Menjawab kritikan Nasharuddin, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang, menyifatkan Hukum Hudud sukar untuk dilaksanakan di negara ini terutama dalam menjamin keselamatan dan keadilan rakyat.

Polis buru lelaki cuba bunuh teman wanita


GEORGE TOWN 22 Ogos - Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki disyaki terbabit dalam cubaan membunuh teman wanitanya dengan menolaknya dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Batu Uban di sini pada 5 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, suspek terbabit, M Kumarasingam, 27, beralamat No 73, Jalan Seri Indah 2, Taman Seri Indah, Bagan Serai itu pada mulanya telah ditahan orang ramai dan diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapat rawatan.

Katanya, semasa mendapatkan rawatan, doktor meminta supaya gari suspek dibuka untuk memudahkan pemeriksaan dilakukan, namun dia menggunakan peluang itu melarikan diri.
"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307, Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh serta Seksyen 224, Kanun Keseksaan kerana melarikan diri dalam tahanan pihak polis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana cuai dalam menjalankan tugas, turut dijalankan terhadap seorang anggota polis.

Pengawal keselamatan dituduh bunuh


 
GEORGETOWN: Harian Metro melaporkan Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistre, di sini, semalam, atas tuduhan membunuh seorang wanita warga emas di kawasan Rumah Pangsa Rifle Range, Padang Tembak, bulan lalu.

Ooi Kean Leong, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah membunuh Tan Kim
Chuan,60, di kawasan meletak motosikal di hadapan Blok J, rumah pangsa itu pada
pukul 6.02 pagi 10 Julai.

Majistret B. Sripracha Nanthini menetapkan 2 Okt untuk sebutan semula kes.

Kematian Tan mendapat simpati meluas kerana tiada siapa yang sudi menolong
wanita itu apabila dia terjatuh dan cedera di kepala selepas seorang lelaki
meragut begnya.
 

Nyaris maut ditembak

IPOH: Harian Metro melaporkan, Seorang anggota polis nyaris maut apabila ditembak dari jarak dekat oleh sekumpulan penjenayah yang cuba merompak seorang ahli perniagaan di kawasan industri IGB, Kampung Tawas, di sini, kelmarin.
 
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, satu das tembakan dilepaskan terhadap anggota terbabit, tetapi tersasar sebelum tiga penjenayah lelaki termasuk seorang wanita melarikan diri menaiki Proton Waja.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Termizi Abd Haq berkata, kejadian berlaku ketika anggota polis itu cuba membantu mangsa wanita berusia 39 tahun yang dirompak kumpulan penjenayah.
Menurutnya, kejadian berlaku sejurus ahli perniagaan itu selesai mengutip wang sewa lori dari pemiutang di kawasan industri itu.

“Mangsa yang berada berhampiran sebuah restoran kemudian diserbu tiga lelaki bertopeng sebelum memaksa mangsa menyerahkan wang RM5,000 dimiliki.

“Mangsa yang ketakutan kemudian menyerahkan wang itu kepada suspek yang dipercayai mengekori gerak geri mangsa,” katanya. Ahmad Termizi berkata, semua suspek yang dipercayai berusia lingkungan 20-an melarikan diri menaiki sebuah kereta menggunakan nombor pendaftaran palsu.
 
“Ahli perniagaan itu menjadi sasaran penjenayah selepas mangsa mengutip duit sewaan lori di kawasan pada masa sama setiap hari.

“Seorang anggota polis yang kebetulan berada di restoran itu dikatakan cuba menangkap seorang penjenayah.
 
“Bagaimanapun, suspek mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan bagi menghalang anggota polis terbabit,” katanya.

Menurutnya, kumpulan penjenayah itu turut dianggotai seorang wanita berada dalam kereta berkenaan.

“Polis sedang memburu semua suspek berdasarkan fizikal dan keterangan mangsa. Polis percaya suspek terbabit dalam pelbagai kes samun sekitar bandar raya ini.

“Kes rompakan itu disiasat mengikut Seksyen 3, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya.

Justeru, katanya, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian hotline 05-2542222
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hadir di Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan berbual mesra antara kedua pemimpin tersebut bakal mencetuskan satu lagi perang dingin di kalangan pemimpin Pas.

Mat Sabu, Khalid Samad, Mahfuz Omar, Tantawi 100, Nik Aziz bakal mengkritik dan mendesak Guan Eng keluar Dap kerana berjumpa DS Najib. Guan Eng juga mungkin di saman oleh Karpal Singh .

Apakah Guan Eng akan menerima nasib yang sama seperti Nasharudin yang bertemu dengan DS Najib di Tanah Suci Mekah? 
Kita tunggu dan lihat perkembangan.....!!!!
Walaubagaimana pun One News mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada PM DS Najib serta keluarga dan semua pembaca Blog ini.... 

'Battle Of Gubir'

When I downloaded this video clip (click  here), with permission,  I didn't realise there was an accompanying  write-up as shown below....


My dad always told me war stories for my bedtime when i was a little boy. My favourite is always about Malaysian Armed Forces and one of it is 'The Battle Of Gubir'. He will start with "..Once, there's a battle in the deep jungle of Perak..It took few days but it seem like never end.." Dad will use his hand to show me how the Nuri's pilot drop the soldiers in the jungle and evacuate the wounded ones out from the jungle. He will end with ".. We lost one Nuri, got shot and crashed..".Since then, i've being searching for the facts,visuals and the details of the story. It wasnt that easy. It was like an untold story. Sadly, no local film maker ever want to depict that grand event as a movie.

But recently, i found a blog , http://xnuripilot.blogspot.com by Maj (R) Nor Ibrahim Bin Sulaiman who actually was the combat pilot who flown the Nuri during the battle. The  blog is almost like a complete journal of a war veteran that tells every single details, the photos and the facts about 'The Battle of Gubir' which later i knew it as 'Ops Kota Gubir' that happened in April 1976. 

This video reminiscing the event by showing the Nuri Pilot doing the Casevac (Casualties Evacuation) in combat zone.

As a military enthusiast , i just want to tribute this video to all Malaysian War Veterans, to the old Nuri and also to my dad,Capt (R) Maidin Sulaiman and off course, to the Malaysian Armed Forces in totally,..One of the world's best and the Asia's Finest.

I'm happy to note that my minute contribution towards enlightening this sad episode has, to a certain extent,  been successful. Of course, the greatest achievement was when I succeeded in documenting it in my book, Coretan Xnuripilot, and officially in the National Archive. And I was pleasantly surprised when I accidentally came across this video ...


To the author of the above jottings and the producer of the video.....Thank you.

Ahad, 19 Ogos 2012

PAS amal politik tidak matang isu Nasharudin bertemu PM di Makkah - Mustapa

August 19 2012 PUTRAJAYA 19 Ogos . Pemimpin dan anggota PAS dilihat mengamalkan politik tidak matang dalam isu pertemuan bekas timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Makkah kata Pengerusi Barisan Nasional BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed .

Mereka sepatutnya mengamalkan politik secara terbuka tidak bermakna jumpa dan bergambar bersama nak sertai terus Kita perlu matang dalam berpolitik bukan macam budak-budak, katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ditemui pada majlis RumahTerbuka Aidilfitri Najib bersama anggota Kabinet di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini.

Pada Khamis lepas selepas pulang dari Makkah Nasharudin berkata pertemuan antara Najib dan para ulama di Makkah baru-baru ini tidak sedikit pun menyentuh soal Umno atau PAS kerana isu yang dibincangkan adalah lebih besar daripada itu iaitu mengenai ummah.

Sehari sebelum itu Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak hairan jika Nasharudin keluar daripada PAS setelah dilihat bersama Najib di Makkah pada Selasa lepas.

Mengulas isu pertikaman lidah antara Nasharudin dan Pengerusi DAP Karpal Singh mengenai isu hudud Mustapa berkata perkara berkenaan melibatkan kedua-dua individu tersebut dan BN tidak akan masuk campur terhadap soal tersebut - Bernama.

Haram sokong DAP

 

CHEREDZA
Sik, Kedah
Depan sokong Pas, belakang sokong yahudi dan yang belakang-belakang lagi mesti sokong DSAI....hehehe

SAYA amat tertarik hati dengan berita Haram Sokong DAP seperti yang pihak UtusanMalaysia siarkan.

Pandangan ulama dari Kelantan telah disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Saya berpendapat, tindakan Utusan Malaysia menyiarkan pandangan ulama terhadap DAP adalah berikutan kerjasama Pas dengan parti tersebut adalah amat wajar.

Saya berpendapat, sebagai akhbar utama kaum Melayu, pandangan ulama terhadap kerjasama Pas dengan DAP memang wajar sekali.

Syabas terhadap ulama yang memberikan pandangan tersebut. Memang kerjasama tersebut amat janggal sekali dalam konteks menubuhkan negara Islam!

Saya berpendapat ulama yang memberikan pandangan haram sokong DAP tentulah dibuat bertitik tolak daripada kerjasama Pas dengan DAP. DAP adalah parti yang rasis kaum Cina.

Mereka tidak menyokong Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara jika berdasarkan sokongan mereka terhadap kumpulan Dong Zhong pelampau Cina dalam pendidikan Cina. Saya berpendapat, DAP tidak berjuang dengan ikhlas untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam konteks negara ini. Kenapa mereka mengabaikan Bahasa Melayu dalam sosio ekonomi mereka? Saya berasa amat sedih dengan hala tuju DAP terhadap masa hadapan Bahasa Melayu di negara ini. Mereka memandang rendah Bahasa Melayu.

Sehingga saya difahamkan, untuk mendapat kerja di kilang atau syarikat kaum mereka, ada puak mereka mengutamakan bahasa Cina? Kenapa mereka tidak tegur tindakan tersebut?

DAP juga amat lantang menyokong golongan murtad. Begitu juga mereka amat lantang berjuang untuk golongan LGBT yang amat ditegah oleh Islam. Apabila umat Islam cuba membetulkan kembali golongan tersebut, DAP masuk campur tanpa segan silu.

Begitu juga ketika di atas pentas Pas. Pemimpin DAP menghina seorang Menteri Besar Perak dari UMNO sebagai Hitam Metalik. Bahkan disambut laungan takbir oleh puak Pas.

Justeru, tidak salah ulama dari Kelantan menyatakan adalah haram menyokong DAP kerana Pas sendiri telah terpesong daripada ajaran politik Islam yang sebenar.

Pas terpaksa melutut kepada DAP untuk mendapatkan perkenan melaksanakan hudud. Sedangkan Islam adalah agama rasmi negara ini. DAP sepatutnya membiarkan sahaja hudud dilaksanakan. Apa salahnya mereka sokong hudud? Bukankah hudud boleh membantu rakyat hidup lebih aman?

Tetapi tindakan DAP menentang hudud amat bercanggah dengan agama rasmi negara. Justeru, DAP memang wajar haram disokong oleh umat Islam. Ertinya Pas juga termasuk dalam hukuman tersebut kerana melutut kepada DAP untuk hudud.

Ini amat memalukan umat Islam.

Sabtu, 18 Ogos 2012

JAWAPAN TS HARUSSANI KEPADA NIK AJIS! MEMANG PEDIH!!!


Mufti Perak Tan Sri Harussani Haji Zakaria/Tuan Guru Nik Aziz 

Gempar habis . . . kalau tak berani baca tak apa tapi rasa-rasanya inilah kali pertama Mufti Perak Tan Sri Harussani Haji Zakaria Khamis melondeh serta membongkar cerita lama mengenai kegilaan PAS sehingga menyebabkan masyarakat Islam khusus orang-orang Melayu berada dalam keadaan berpecah belah.

Selain dari itu beliau memberikan nasihat kepada para pemimpin parti itu supaya berhenti dari mengeluarkan “fatwa” yang songsang sesuka hati kerana ia mengelirukan umat Islam.

Bahkan mufti itu juga menggunakan perkataan “tekong” perpecahan merujuk kepada perbuatan PAS yang memecah belahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Serentak itu sambil menjawab tuduhan Menteri Besar Kelantan mengenai dirinya campur tangan dalam politik, Harussani selain menafikan tuduhan PAS itu bahawa beliau mencampuri urusan politik berkata:

“Tuduhan tok guru Nik Aziz bahawa saya campur politik . . .ia tidak betul, saya selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik”.

“Bahkan saya tidak pernah pun mendaftar diri sebagai ahli dalam mana-mana parti politik”katanya ketika diminta mengulas komen Nik Aziz.

Bercakap dalam satu pertemuan di pejabatnya di Ipoh, Harussani memberitahu sejarah penglibatan keluarganya dalam politik serta bagaimana tindakan PAS memulau abang iparnya kerana fahaman politik kepartian.

“Bahkan dari awal sejarahnya bapa saya semua ahli UMNO. Tapi apabila tertubuh PAS dan PAS kemudian keluar daripada UMNO, semua masuk Pas.. tapi PAS waktu itu lebih bertujuan kepada dakwah.

“Berdakwah kepada orang supaya kita ini menjalankan hukum Islam dalam Negara ini dan dalam ceramah berbangkit tentang masalah hukum dan sebagainya dan masalah yang wajib kita lakukan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa “ini cukup baiklah…saya juga pernah mengikuti semasa saya kecil lagi masa itu..bahkan saya baik dengan ketua PAS waktu itu, namanya …Helmi (minta wartawan semak nama sebenar).

“Dia baik dengan saya, dia sakit saya pergi ziarah dan kami selalu berbual namun …cara dia bercakap dia cukup bersetuju dengan cara perjuangan untuk kita menegakkan Islam di negara ini.

Walau bagaimanapun Harussani menjelaskan ““ akhir-akhir ini kita melihat perkara itu tidak berlaku lagi bahkan saya melihat PAS sudah menuju seolah –olah menjadi `tekong’ kepada perpecahan umat Islam dan orang Melayu.

“Banyak contoh boleh diberi seperti umpamanya pada akhir tahun 1970 an berlaku di Kedah. Orang- orang Islam iaitu orang UMNO menyembelih ayam sepikul lebih (terpaksa) dibuang ke dalam sungai kononnya haram (tidak halal) dimakan.

“Jadi saya katakan sedangkan Yahudi nasarah dibenarkan Tuhan halal sembelihannya bagaimana orang Islam yang sembahyang lima kali sehari, jadi imam pula tidak boleh sembelih. . . haram.

“Yang kedua yang paling menyayat hati saya ialah abang ipar saya seorang ahli PAS dan dia seorang peniaga kedai runcit di tempatnya itu di Kedah juga..yang datang membeli banyak orang PAS dan orang UMNO pun ada.

“Kebetulan satu ketika seorang ketua UMNO di Kampung itu meninggal dunia,.jadi abang ipar saya datang menziarahi dan kerana itu saja dia dipecat daripada parti dan dipecat dari ahli khairat kematian,” katanya.

Kerana insiden tadi Harussani menjelaskan abang iparnya diboikot sehingga tutup kedai dan kembali memotong getah semula “..sampai begitu mereka buat dia..jadi dia datang jumpa saya . . .tapi saya kata sabar lah orang begini tak boleh buat apa.

“Banyak lagi yang saya bangkitkan umpamanya akhir-akhir ini kita lihat ceramah-ceramah yang dibuat oleh pemimpin PAS merupakan kutukan, cacian, laknat sedangkan itu adalah larangan Allah . . . jadi itu bukan dakwah lagi.

“Kalau sudah seorang ustaz, berceramah mengutuk, memaki hamun dan sebagai nya maka orang menganggap itu halal mengikut masa itu..kutukan umpamanya kita lihat saja apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan bahawa (demonstrasi) Bersih 3.0 itu haram kerana telah bertukar corak kepada keganasan sebagainya.

“Dia orang kata apa…mufti-mufti tidak lebih daripada anjing, jadi bolehkah kita menggelar orang anjing? Ini satu perkara yang sangat bertentangan sama sekali dengan hukum syarak. “

“Jadi kalau itu yang dibawa sekarang maka dia bukan lagi membawa kepada Islam..dia membawa kepada syaitan..parti syaitan lah kalau memaki hamun dan sebagainya. Parti syaitan lah kerana syaitan itu nak membawa kepada perpecahan” ujarnya.

Mufti Perak berkata “bila kita lihat berlaku di Terengganu dan beberapa tempat (sembahyang) dua imam…kita di masjid hanya satu imam, satu kariah itu satu imam. Kita sembahyang . … sepatutnya kenapa kita berpecah dan ini dihalalkan oleh pihak pemimpin PAS.”

“Dan ini saya merasa pelik keadaan-keadaan seperti ini sehingga berpecah . . . dalam sekampung berpecah, kenduri pun berpecah jadi ini buruk sungguh keadaan Islam

”Bukan buruk daripada orang itu saja bahkan kita melihat seolah-olah syariat Islam itu terlalu buruk..jadi itu yang dinilai orang-orang kafir sekarang.

“Kerana itu Islam tidak pernah mendapat tempat pada orang kafir di Malaysia kerana melihat keadaan orang Melayu yang beragama Islam . . . sudah lah hidupnya susah dalam negeri yang kaya ..asyik berpolitik di kedai-kedai kopi dan sebagainya langsung tak buat kerja . . . berkelahi sesama sendiri.

Katanya “Inilah yang menjadikan masyarakat kita makin mundur dan sebagainya.

“Akhir-akhir ini pula banyak fatwa dikeluarkan iaitu menyamakan tunjuk perasaan Bersih 3.0 itu disamakan dengan saf jemaah bersembahyang..kita sembahyang beribadat bukan tunjuk perasaan kepada Tuhan…kita mengadap bersyukur kepada Allah s.w.t.. Dia (Allah) suruh kita bersatu, bahkan dalam bersembahyang kita diwajibkan berjemaah . . .”

“Bermakna kita bersatu tapi kita di sini sekarang diwajibkan berpecah . . ..itu satu perkara yang bertentangan.

“Kemudian ada pula yang menyamakan dengan mengatakan Omar Ibnu Khattab pernah menunjuk perasaan . . . sebenarnya Omar tidak menunjuk perasaan tapi dia memulakan dakwah secara terang terangan.

“Ini kerana Saidina Omar apabila memeluk Islam dia bertanya apakah ini agama yang benar dari Allah . . ..Rasulullah menjawab ia… kenapa kita duduk bersembunyi.,.dia terus bertakbir dan hentam orang jahiliah.

“Begitu juga isteri-isteri Nabi tidak pernah menunjuk perasaan kepada Nabi kerana tidak cukup makan .. Cuma itulah bila kita tunjuk perasaan ini satu penghinaan kepada sahabat-sahabat Rasulullah .. .”

“Ini bukan perbuatan orang-orang ahli sunnah tapi perbuatan Syiah..dan terakhir ini kita ada mendengar fatwa kata mengundi parti itu masuk syurga, tak mengundi masuk neraka.. apakah neraka syurga ini boleh ditentukan oleh manusia atau ditentukan oleh Allah s.w.t.

“Jadi hal-hal sebegini sedang berlaku sehingga menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat, jadi kerana itu sebagai seorang mufti bukan kerana politik saya memberi nasihat dan memberitahu bahawa tunjuk perasaan dengan niat untuk mengguling kerajaan itu satu perkara salah.

“Kerana kerajaan yang sah sekarang diketuai oleh seorang Islam iaitu Yang Dipertuan Agong, Raja-raja dan dipimpin sekalipun . . . haram kita memberontak.

“Tapi sekarang ini orang dah pakai demokrasi, bila pakai demokrasi, kita ada jalan untuk menurunkan kerajaan dengan mengundi tapi bukan dengan cara tunjuk perasaan, dengan menimbulkan kekacauan . . .”

Harussani menjelaskan lagi“Saya tidak mengatakan siapa yang benar siapa yang salah tapi apa yang kita lihat perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan hukum syarak. Pertama, dataran itu (Dataran Merdeka) dimiliki oleh DBKL .. . DBKL tidak membenarkan membuat tunjuk perasaan di situ maka tidak boleh pergi.”

“Kerana Allah menyebut dalam Quran kita tidak boleh masuk ke dalam rumah melainkan kita minta kebenaran. Jadi kita kias kan itu hak milik bukan di rumah saja, kalau kampung orang orang tak bagi masuk, tak boleh masuk .

Katanya lagi “Kedua kita tidak boleh merosakkan harta benda tapi kita lihat terang terang (mereka) merosakkan harta benda, memukul orang sehinggakan kereta polis pun dirosakkan, anggota polis dipukul dan seorang wartawan hampir mati kerana mempertahan kan anggota polis itu.

“Ini kita pelajari dari tunjuk perasaan pertama (Bersih 1.0) kedua (Bersih 2.0) dan ketiga (Bersih 3.0), jadi ini dah tak betul, jadi kerana itu saya kata ajarannya banyak menyeleweng daripada ajaran Islam yang berasaskan kepada empat asas.

“Iaitu Islam berasal daripada silmun maknanya kedamaian, yang kedua salamun berasal daripada pokok perkataan salam.

“Salam maknanya kesejahteraan, yang ketiga sulamun maknanya kita menuju ke peradaban yang tinggi.. .manusia ini meningkat darjahnya, perwatakannya dan yang keempat kita menyerah bulat-bulat kepada Allah..

Dengan nada kesal Harussani berkata “Tapi ini Islam dikaitkan dengan semua itu tadi ..jadi ini yang saya merasa cukup terpanggil dan terkilan untuk membuat kenyataan walaupun saya tidak hadir dalam ,majlis fatwa yang lalu kerana saya dalam keuzuran tapi saya rasa terpanggil untuk menjawab dalam surat khabar apabila dikatakan ahli majlis fatwa kebangsaan ini tidak lebih daripada anjing.. .bolehkah kita menyifatkan ulama sebagai anjing?.

Katanya “Ini satu perkara yang cukup berat dan saya lihat kalau itu tidak disetujui oleh ketua-ketua PAS tapi tidak ada langsung pun teguran daripada mereka . . . . sepatutnya mereka menegur orang dibawah supaya tidak bersikap demikian.

“Tapi seolah-olah mereka menyokong. Saya rasa terpanggil untuk menyatakan yang hak dan saya bukannya daripada parti manapun .

“Tapi apabila diselewengkan maka saya wajib menegur beliau . . . jadi Nik Aziz ini memang patut ditegur kerana terlalu banyak. . . . Nik Aziz pernah menggelar mufti-mufti (sebagai) terompah kayu dan macam macam lagi dan ini dia memburukkan nama sahabat nabi dengan mengatakan para sahabat tunjuk perasaan kepada Tuhan.

“Kemudian ibadat disamakan dengan tunjuk perasaan ini semuanya salah jadi kita jangan telan bulat-bulat perkara yang salah..walaupun dia seorang ulama, mungkin dia terlajak maka itu saya memberi peringatan supaya jangan . . . . saya tak ada musuh dengan sesiapa ..selama ini pun doa saya tak pernah tinggal tiap-tiap lima kali sembahyang minta Allah ampun seluruh umat Islam.

Menjawab satu soalan bahawa PAS sudah terikut-ikut dengan DAP sehingga dilihat sanggup menggadai prinsip,Harussani berkata:

“Peringkat awal dulu kenapa PAS keluar daripada Perikatan? Masa itu kenapa bila ditubuh Perikatan, PAS keluar kerana tidak mahu sekongkol dengan orang kafir masa itu, keluarlah fatwa bersekongkol dengan orang kafir jadi kafir..tapi hari ini orang yang terang terang menentang Islam, yang katakan langkah mayat (dia) kalau nak laksana hukum Islam.

“Yang kedua kita melihat Ambiga (Datuk) sebagai ketua dalam majlis peguam dulu telah merangka beberapa undang undang untuk menjatuhkan Islam dengan hendak menubuhkan IFC dan (perkara) ini mufti tentang waktu itu.

Beliau hairan kerana “orang ini pula yang kita sokong, kemudian kita dengar akhir-akhir ini, PAS melantik orang bukan islam . . .apakah kita akan mengharap orang bukan Islam untuk membela dan bangun untuk menegakkan islam?

“Quran banyak sekali meletakkan ayat-ayat supaya kita jangan melantik ketua kita orang bukan islam.

Nasihatnya kepada puak-puak ini dan umat Islam seluruhnya ”. . . kita (perlu) berhati-hatilah dalam masalah agama ini, kita lihat betul- betul, jangan kita hanya taksub kepada orang atau parti sehingga kita sanggup melakukan perbuatan-perbuatan yang salah dan melanggar hukum Allah. “

Harussani mengakhiri interbiu itu dengan berkata “Inilah peringatan saya sebagai orang tua yang masih diberi Tuhan kuasa bercakap, kalau tak mahu dengar itu terpulang . . .Kita hanya menyampaikan”, katanya.- 18/5/2012 - OLEH YUSOF HARUN (AgendaDaily)