Senarai Blog Saya

Jumaat, 28 September 2012


Bajet 2013 Bukan Janji Syurga, Bintang Tapi Berpaksi Pada Realiti Untuk Rakyat

Pembentangan belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sebagai satu belanjawan yang menyentuh keseluruhan aspek dan lapisan masyarakat, sebagai satu kesinambungan dalam meneruskan tradisi kerajaan Barisan Nasional  untuk memakmurkan negara dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat di negara ini.

Belanjawan 2013 ternyata tidak menjanjikan bulan dan bintang, namun berpaksi pada realiti kemampuan kerajaan untuk melaksanakan segala pembangunan ekonomi, infrastrutur dan juga pembangunan insan yang merupakan satu penghargaan kepada seluruh rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Justeru itu, menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal menganggap bahawa bajet 2013 ini menyentuh segala aspek keperluan semua masyarakat di pelbagai peringkat lapisan.

“Ia satu belanjawan yang amat bertanggungjawab untuk rakyat dan negara kita. Ia tidak berpaksikan untuk meraihkan sokongan dan undi semata-mata, biarpun kita sedar bahawa pilihanraya sudah hampir tiba. Tetapi ia berlandaskan keupayaan negara kita. Adakah kita mampu untuk membelanjakan 251 bilion yang ada.

“Amat jelas bahawa belanjawan ini tidak menjanjikan syurga, bulan dan bintang, tetapi menjanjikan sesuatu yang mampu kerajaan tunaikan dan laksanakan kepada rakyat. Bagi peringkat kementerian kemajuan luar bandar, ia merupakan satu berita baik bagi masyarakat luar bandar.

“Peruntukan sebanyak RM 4.5 bilion ringgit, di mana RM 1.2 untuk jalan raya, RM 1.6 untuk air dan bekalan elektrik. Dan insyaAllah dengan penambahan bajet yang telah diberikan ini, kita mampu untuk menunaikan segala perkara yang masih belum dapat ditunaikan pada tahun-tahun yang sebelumnya,” tegas beliau.

Manakala menurut Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan, bajet 2013 merupakan satu belanjawan untuk mensejahterakan rakyat.

“Biarpun pembangkang kata bajet ini untuk pilihanraya. Cuma saya nak bertanya, apakah bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Pembangkang itu bukan untuk pilihanraya? Jadi mereka ini hanya pandai bercakap, tetapi mereka juga membuat perkara yang serupa.

“Bagi saya, samada ia untuk pilihanraya atau tidak, ia bukan salah satu masalah. Apa yang penting, adakah wang itu kita berikan secara bertanggungjawab? Angka-angka yang penting untuk diambil berat oleh rakyat  ialah RM 100 untuk anak-anak sekolah, RM 200 adalah untuk pembelian telefon bimbit, RM 250 baucer buku yang dinaikan RM 50, RM 250 adalah untuk orang bujang berpendapatan RM 2000 ke bawah dan RM 500 adalah untuk BR1M 2.0.

“Dan percayalah kita akan tunaikan segala janji sebagaimana kita telah menunaikan janji-janji kita pada bajet 2012 sebelum ini,” ujar beliau.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan yang penuih keprihatinan terhadap pelbagai aspek, khusus untuk angkatan tentera Malaysia dan veteran tentera.

“Ada enam aspek yang telah diberikan oleh Perdana Menteri. Pertamanya ialah bayaran wang sagu hati sebanyak RM 1000 sekaligus untuk veteran tentera yang tidak berpencen yang melibatkan seramai 24 ribu bekas tentera. Ini perkara yang dituntut oleh Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) dan Perdana Menteri sebagai bekas Menteri pertahanan selama 14 tahun, prihatin terhadap tuntutan ini.

“Yang keduanya, ialah pasukan askar wataniah, pasukan simpanan tentera laut dan udara dengan dinaikan elaun daripada RM 4 sejam dan kini dinaikan sebanyak RM 6 sejam mengikut pangkat. Ini merupakan kenaikan hampir 25 peratus dan ini akan menggalakanlebih ramai masyarakat terlibat denngan pasukan simpanan,” jelasnya.

Selain daripada itu menurut Zahid yang juga Menteri Pertahanan, insentif sebanyak RM 200 kepada pegawai tentera yang bekerja lebih masa dan ini telah menyamaratakan elaun yang selama ini diperolehi oleh pihak polis. Begitu juga dengan insuran berkelompok merupakan satu skim baru yang merupakan satu penghargaan terhadap pihak tentera dan polis.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Harun menyifatkan bahawa belanjawan 2013 ini merupakan bajet yang bertambah baik yang merangkumi semua aspek.

“Bajet 2013 telah memgambil kira secara menyeluruh oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan pada masa yang sama saya dapat merasakan bahawa kecekapan dan keberkesana bajet ini kerana PM benar-benar memaksudkan apa yang beliau katakan serta benar-benar mendengar keluhan rakyat di negara ini.

“Bajet ini ialah manifestasi kepada idea-idea PM untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat secara kolektif. Sebab itu bagi saya ini adalah bajet yang terbaik yang pernah saya dengar yang mengambil kira semua aspek kehidupan baik bagiorang bujang, anak-anak bersekolah,golongan tua, golongan sederhana, kaya dan miskin, bagi yang berpencen atau masih bekerja dan sebagainya, ia  merupakan satu bajet yang benar-benar menepati setiap aspek dalam kehidupan masyarakat di negara ini,” kata beliau.

Begitu juga menurut Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman Said, yang amat gembira apabila Perdana Menteri mengumumkan seramai 300 pelajar Institut Kemahiran Belia yang akan diberikan peluang untuk melibatkan diri dalam industri Minyak dan Gas di negara ini sebagai satu permulaan penglibatan rakyat di negara ini dalam industri tersebut.

“Secara tak langsung, ia membuka peluang kepada anak-anak muda untuk terlibat secara langsung dalam industri minyak dan gas, dan mereka tidak perlu ke luar negara untuk mendapat latihan dan pendidikan dalam bidang ini.

“Manakala secara umumnya bajet ini saya lihat adalah lebih menjurus kepada generasi muda di negara ini. Bagi saya generasi muda di negara amat beruntung kerana kerajaan yang sedia ada hari ini sedar bahawa generasi muda hari ini merupakan pemangkin kepada kemajuan negara pada masa yang akan datang,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan