Senarai Blog Saya

Isnin, 17 September 2012

6 GRO ditahan di pusat karaoke


JOHOR BAHRU: Dua beradik perempuan berstatus janda antara enam wanita Islam ditahan dalam operasi cegah maksiat di sebuah pusat karaoke di Jalan Dato Sulaiman, di sini, pagi kelmarin.
 
Serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dengan kerjasama Jabatan Agama Johor (JAJ) selama dua jam, bermula jam 1 pagi.

Ketua operasi yang juga Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan Mohammad Abdul Hamid berkata, empat pegawai dan 10 anggota polis dibantu 14 anggota Penguat Kuasa JAJ memeriksa 68 wanita tempatan lingkungan 20-an hingga 30-an yang bekerja di pusat hiburan itu.
 
Katanya, seramai 12 daripada 68 wanita terbabit beragama Islam dan ujian alkohol mendapati enam daripada mereka meminum minuman keras.

“Menerusi pemeriksaan, kami dapati dua wanita Islam yang juga adik-beradik berusia 32 dan 28 tahun bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

“Siasatan mendapati, mereka masing-masing berstatus ibu tunggal dan mempunyai tiga dan dua anak serta memberikan alasan bekerja di pusat hiburan itu bagi menampung perbelanjaan harian,” katanya

TAIPING PULAK MCM MANA?

Tetapi di Taiping bila GRO warga Thailand akan ditangkap? kesemua mereka berkerja di pusat-pusat hiburan di Taiping yang dikenal pasti seperti di Planet Star dan JR. Mohon pihak berkuasa dapat  melaksanakan tugas seperti Polis D7 di IPK Johor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan