Unit Penggempur ke-6 PKM
[Anggota Tinjau Platun 6, sebelum di serang hendap]
Unit Penggempur Ke-6 PKM adalah
unit yang terbesar dan paling mengganas. Di ketuai oleh Chong Choor. Pada
mulanya unit ini hanyalah unit Min Yuen di Kalumpang. Kemudiannya Chin Peng
berpindah kawasan dari Pahang Barat ke Selatan Thailand. Justeru, Chin Peng
mengarahkan UPKe-6 mengambil alih kawasan Pahang Barat dan mengarahkan unit ini
mengganas.
[Platun 6 sedang
meronda]
Drama Platun
Harimau merungkai beberapa siri serang hendap oleh unit ini di Pahang Barat.
Minggu ini penggambaran bertumpu di kaki bukit Cameron Highland. Meniti aktiviti
kumpulan Min Yuen bagi mengumpul barang bantuan seperti makanan dan ubat-ubatan.
Arahan Peking 80 yang dapat di pintas gelombangnya telah
mengarahkan unit ini meluaskan kawasan operasinya hingga ke Selangor, Negeri
Sembilan dan Johor. Arahan tersebut juga melantik unit ini sebagai unit agresif.
Pada mulanya, unit ini berjaya menerobos hingga ke Ulu Yam dan Kuala Kubu Bharu
tetapi hasrat meluaskan sayap hingga ke Selangor, Negeri Sembilan dan Johor
terbantut dek tiga Operasi Besar oleh pasukan keselamatan iaitu Operasi Paksi,
Operasi Tuah dan Operasi Sibre.
[Kader UPKe-6 sedang
mengangkut barang]
Platun Harimau
terlibat dalam Operasi Serampang Khas 1, Operasi Serampang Khas 2 hingga ke Khas
7. Saya masih teringat ketika sedang menjalankan Operasi Serampang Khas 1 di Ulu
Yam, dengan tiba-tiba kami dipanggil keluar dari hutan sebab ada operasi khas
lain iaitu Khas 2. Atas khas ada khas lagi. Kuala Kubu, Ulu Yam, Rasa, Batang
Kali, dan Serendah adalah kawasan yang panas. Kisah ini di rungkai lebih rinci
dalam Novel Perang Platun Harimau: Misi II – ‘Hingga ke Lubang Cacing’ yang
sedang dalam proses cetakkan. Anda akan dapat mengetahui bagaimana anggota
Platun Harimau menyamar pelbagai watak seperti orang gila, pemandu teksi,
penjual nasi lemak, penjual aiskrim dll bagi mengesan ketua Unit Ke-6 yang
sedang dalam proses melarikan diri setelah ramai anggotanya di tangkap dan di
tembak mati.
[Kader-kader Min
Yuen Kalumpang yang masih bar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan