SENARAI KEKEJAMAN CINA KOMUNIS YANG WAJIB ANDA KETAHUI
Fakta mengenai keganasan Parti Komunis
Malaya (PKM) sepanjang pemberontakan mereka dari tahun 1948 hingga
1989:
1. 3 orang peladang Inggeris telah dibunuh di
Perak pada 16 Jun 1948. Peristiwa ini telah menyebabkan penjajah British
mengisytiharkan darurat.
2. Seramai 18 anggota polis telah terkorban
dalam satu serangan mengejut komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada
waktu subuh 23 Februari 1950.
3. Sepanjang tahun 1950, seramai 120 anggota
polis terbunuh, manakala 222 orang Polis Khas (SC) terkorban akibat kekejaman
komunis.
4. Pada 1 Oktober 1951, Pesuruhjaya Tinggi
British di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney dibunuh dalam satu serang hendap di
Bukit Fraser.
5. Pada 17 Jun 1968, segerombolan gerila
komunis telah menyerang hendap konvoi pasukan keselamatan Malaysia di Pekan Kroh
(Pengkalan Hulu) dan membunuh 17 anggota polis.
6. Seorang ahli UMNO telah dibunuh oleh ejen
komunis di Pulau Pinang pada April 1969.
7. Pada 24 Julai 1969, seorang wanita Cina
telah dibunuh di Sintok, Kedah kerana didakwa belot kepada perjuangan
komunis.
8. Pada 10 Disember 1969, komunis telah
meletupkan jambatan keretapi di Kok Mak berdekatan dengan sempadan Padang Besar,
Perlis.
9. Komunis telah menyusup masuk ke Padang Besar
dan melepaskan 3 das tembakan ke arah balai polis di situ pada 14 Disember
1969.
10. Dalam satu peristiwa pada tahun 1970-an,
komunis telah memusnahkan jentera dan peralatan membina jalan yang digunakan
untuk membina Lebuhraya Timur-Barat.
Kekejaman komunis terhadap anggota polis
Cawangan Khas (SB):
11. Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon
telah mati ditembak di Kuala Lumpur pada tahun 1973.
12. Komunis terus mengganas dengan membunuh
Ketua Inspektor Chin Chin Kou pada 12 Julai 1973 di Serdang, Kedah. Diikuti 3
bulan kemudian, Detektif Sarjan Chong Kek Oh yang mati ditembak di Sungai,
Siput, Perak.
13. Pada 3 Januari 1974, Detektif Konstabel Lee
See Kaw telah mati ditembak di Malim Nawar, Perak, diikuti pembunuhan terhadap
Detektif Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. 4 hari kemudian,
Detektif Konstabel Ong Soon Chua yg mati ditembak di Chemor, Perak.
14. Pada 6 Jun 1974, komunis bertindak lebih
kejam apabila menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd. Rahman Hashim
semasa beliau berada di dalam keretanya di Jalan Raja Chulan, Kuala
Lumpur.
15. Komunis telah mengebom Tugu Negara pada 26
Ogos 1975 hingga mengakibatkan kerosakan besar.
16. 2 minggu kemudian, komunis telah
melemparkan bom tangan ke arah kem Pasukan Polis Hutan (PPH) yg terletak di
Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur, membunuh 2 orang anggota dan mencederakan 41
anggota yang lain.
17. Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak,
Tan Sri Khoo Chong Kong telah dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta.
Kejadian tersebut turut meragut nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.
18. Antara tahun 1969 hingga 1978, seramai 395
anggota pasukan keselamatan telah terbunuh, manakala 919 yang lain cedera.
19. Seramai 70 orang awam telah terkorban,
manakala 75 yang lain tercedera dalam tempoh 1968 hingga 1982.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan