SENARAI ANAK MELAYU
PENGASAS KOMPENI PERCUBAAN ASKAR MELAYU |
|
BARISAN HADAPAN
DARI KIRI: Usman bin Engguk, Jantan bin Abdul Rahman, Ismail bin
Tahar, Ibrahim bin Sidek, Buyong bin Md Yasin, Ahmad bin Abdullah, Ngah bin
Abdullah dan Ahmad bin Nordin. |
BARIS
KEDUA: Abdul Ghaffar bin Abdullah, Ismail bin Ahmad, Abdul Manap bin
Abdullah, Hj Kadir bin Hj Hassan, Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman,
Ariffin bin Hj Sulaiman, Ahmad bin Dodo, Mohd Taib bin Jais dan Buyong bin Md
Yassin |
BARISAN
KETIGA: Abdul Rahman bin Md. Yatim, Muhammad bin Kenit, Awang bin
Abdullah, Musa bin Ismail, Usman bin Yunus, Abdul Samad bin Abdullah, Mohd Taib
bin Jais dan Ismail bin Mahmud. (Naim dan Buyong adalah merupakan tukang
masak). |
|
|
|
|
KISAH
PENGORBANAN Ini merupakan sebahagian dari kisah pengorbanan yang
telah dicurahkan oleh para pahlawan-pahlawan negara dimana mereka sanggup
mempertaruhkan jasad dan nyawa mereka demi mempertahankan maruah dan nama negara
Malaysia yang tercinta. Semoga ia dapat menjadi renungan dan
pengorbanan para pahlawan yang terdahulu tidak akan kita lupakan. Al-Fatihah
kepada mereka yang telah pergi ....
|
|
|
 |
LT JEN DATO' SERI ZAINI HJ
MOHD SAID berasal dari Ulu Lenggeng, Negeri Sembilan. Semasa kejadian
rompakan senjata di Batalion 304 Askar Wataniah, beliau memainkan peranan
sepenuhnya dalam perancangan memujuk kumpulan Al-Maunah menyerah diri dengan
menggunakan rayuan daripada isteri, anak dan anggota keluarga kumpulan perompak
tersebut. Pada 6 Jul 2000, beliau menawarkan diri untuk berunding dengan ketua
kumpulan perompak. Dalam situasi yang amat kritikal, beliau mempamerkan
keberanian serta keupayaan yang sebenar apabila berjaya menepis senjata yang
dihalakan ke arahnya oleh ketua kumpulan Al-Maunah itu dan menghumbannya ke
tanah sebelum diserbu oleh anggota yang lain. Tindakan nekad beliau berjaya
mengakhiri kejadian tersebut apabila semua anggota kumpulan Al-Maunah menyerah
diri. Beliau dikurniakan pingat SP pada 2 Jun 2001 |
|
|
|
|
 |
KAPT HAMID AWANG
berasal dari Kuala Terengganu, Terenggnu. Hasil daripada maklumat perisikan yang
menyatakan seramai 40 ke 50 pengganas komunis akan berkumpul di Gunung Pueh,
Kompeni D 2 RAMD diketuai oleh beliau ditugaskan ke kawasan tersebut. Pada
petang 7 Apr 1973, mereka berjaya mengesan satu perkhemahan musuh dan beliau
terus mengambil tindakan untuk melancarkan serangan ke atas khemah tersebut.
Kapt Hamid memulakan serangan dengan tembakan senjata M 79 dan meluru ke arah
kedudukan musuh. Dalam situasi pertempuran itu, seorang pengganas cuba untuk
menembak salah seorang anggota. Kapt Hamid dengan berani dan tanpa menghiraukan
keselamatan diri bertindak nekad dengan menerkam ke arah pengganas tersebut dan
memukul lehernya dengan senjata M 79. Kumpulan Kapt Hamid berjaya membunuh tiga
orang pengganas komunis, merampas tiga laras senjata automatik, peluru dan
peralatan lain manakala seorang anggotanya terkorban. Beliau dikurniakan pingat
SP pada 6 Jun 1973. |
|
|
|
|
 |
ALLAHYARHAM MEJ ZAINAL ABDUL
RASHID berasal dari Pantai Remis, Perak. Pada 15 Jul 1976 beliau dan
lima anggotanya berjaya mengesan sekumpulan 15 pengganas komunis setelah
mengekori pergerakan mereka. Setelah membunuh dua pengganas komunis dengan
tembakan semburan, Kapt Zainal meluru dengan berani ke arah musuh sambil memberi
kata-kata semangat agar anggotanya terus berjuang. Di masa itu seorang pengganas
wanita yang tercedera telah membaling sebutir grenad dan mencederakan Kapt
Zainal. Keberaniannya yang luar biasa dan daya kepimpinannya yang tinggi
membakar semangat juang anggota-anggotanya menggempur musuh. Mereka berjaya
membunuh enam daripada 15 orang pengganas dan merampas selaras mortar 60 mm,
tujuh pucuk repal, peluru, bom dan peralatan lain. Kapt Zainal telah gugur dalam
pertempuran itu. Beliau dikurniakan pingat SP pada 1 Jun 1977. |
|
|
|
|
 |
KAPT MOHANA CHANDRAN AL
VELAYUTHAN berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Kumpulan tinjau khas
berkekuatan 23 orang diketuai oleh Kapt Mohana Chandran ditugaskan ke kawasan
Hutan Simpan Ulu Kinta untuk menjejak pengganas komunis. Pada 13 Jun 1971,
semasa sedang mendaki sebuah bukit, mereka berjaya mengesan tiga orang pengganas
berhampiran sebuah perkhemahan pengganas yang besar di kawasan hutan tersebut.
Kapt Chandran bersama Rjr Abang Bolhi bin Abang Doladi melepaskan tembakan.
Tembakan balas musuh telah mencederakan Rjr Bolhi. Pertempuran tersebut turut
dibantu oleh Rjr Bajau ak Ladi. Melihat kedatangan Rjr Bajau yang datang
membantu, Kapt Chandran bergerak dengan berani tanpa menghiraukan risiko
merapati kedudukan musuh yang berkekuatan lebih besar sambil diberi tembakan
perlindungan oleh Rjr Bajau. Musuh yang berada di atas bukit membalas tembakan
dan terkena kepala Kapt Chandran. Beliau meninggal dunia di tempat pertempuran.
Beliau dikurniakan pingat SP pada 7 Jun 1972 |
|
|
|
|
 |
LT M ABD HAMID
ISMAIL berasal dari Kampung Teluk Malik, Jitra Kedah. Pada 8 Sep 1973
kumpulan ronda seramai sembilan orang pimpinan Lt M Abd Hamid berjaya mengesan
sekumpulan pengganas yang sedang berehat. Setelah mengambil kedudukan, Lt M Abd
Hamid memulakan pertempuran dengan melepaskan tembakan pertama dan mencederakan
seorang pengganas. Musuh yang tercedera berundur dengan pantas dari kawasan
pertempuran. Dalam usaha menyusun anggotanya untuk serangan ke kedudukan musuh,
Lt M Abd Hamid yang dalam keadaan berdiri telah ditembak di bahagian perut oleh
seorang pengganas. Beliau terkorban dalam pertempuran tersebut. Seorang
pengganas berjaya dibunuh, selaras tommy gun madson 645 bersama peluru dan lima
beg galas berjaya dirampas di tempat kejadian. Beliau dikurniakan pingat SP pada
4 Jun 1975. |
|
|
|
|
 |
LT M ABD RAZAK
HUSAIN berasal dari Kampung Tawang, Bachok, Kelantan. Pada 1 Nov 1970
bertindak daripada maklumat mengenai kesan pergerakan pengganas komunis, Ketua
Platun Harimau (Tiger Platoon) 8 RAMD, Lt M Abdul Razak diarah melakukan rondaan
mencari dan memusnahkan musuh. Lt M Razak mengambil tindakan mendahului kumpulan
ronda dan apabila menghampiri sebuah bukit kecil, mereka ditembak oleh musuh
yang berada di atas bukit. Menyedari keadaan yang mereka dikepung oleh musuh, Lt
M Razak melepaskan tembakan senjata SLR ke arah kedudukan senjata LMG musuh.
Tembakan bertubi-tubi musuh menghujani kedudukan kumpulan Lt M Razak. Beliau
tidak mempunyai pilihan lain untuk mengurangi tekanan musuh keatas pasukannya
dan dengan keberanian yang luar biasa, beliau bangun berdiri sambil menembak ke
arah musuh untuk melindungi anggota-anggotanya yang langsung tidak mempunyai
perlindungan. Dalam usaha tersebut, Lt M Abdul Razak terkena tembakan pengganas
dan terkorban ditempat kejadian. Beliau dikurniakan pingat SP pada 2 Nov
1971. |
|
|
|
|
 |
PW I (B) KANANG AK
LANGKAU berasal dari Kanowit, Sarawak. Pada 19 Feb 1980 Platun Risik
Gempur (UCIS) 8 Renjer yang diketuai oleh Kapt Johnson ak Meling dibantu oleh
Sjn Kanang ditugaskan ke kawasan tanah hitam untuk menjejak segerombolan
pengganas komunis yang menembak mati seorang anggota 25 RAMD beberapa hari
sebelumnya. Sjn Kanang yang mengetuai satu kumpulan berjaya menjejak sekumpulan
pengganas yang dicari. Beliau melepaskan tembakan dan terus menyerbu ke
kedudukan musuh. Musuh berjaya melepaskan diri dan penjejakan diteruskan oleh
Sjn Kanang yang bertindak sebagai peninjau hadapan pada pagi 19 Feb 1980. Semasa
bergerak, Sjn Kanang berjaya mengesan jerangkap samar yang dipasang musuh. Dalam
keadaan itulah tiba-tiba mereka dihujani tembakan musuh. Sjn Kanang mempamerkan
keberanian yang luar biasa dan tanpa menghiraukan kecederaannya terus menggempur
ke arah musuh sambil memberikan kata-kata semangat kepada anggota-anggotanya
untuk terus bertempur. Beliau mengalami kecederaan parah yang hampir meragut
nyawanya. Beliau dikurniakan pingat SP pada 3 Jun 1981. |
|
|
|
|
 |
PW II LENGGU AK CINA
berasal dari Sungai Baloh, Ngemah, Kanowit, Sarawak. Pada 20 Jan 1971 semasa
menjalankan operasi di Sungai Katibas, PW II Lenggu bersama kumpulan yang
diketuai oleh Lt M Anuar Basha Khan Akaria diserang hendap di Tanjung Batu Babi.
Tembakan musuh tidak menghalang PW II Lenggu merapati tebing sungai dan
menggempur kedudukan musuh. Kumpulan PW II Lenggu berjaya membunuh empat orang
pengganas komunis dan memaksa mereka meninggalkan kedudukan. Pasukannya
mengalami tujuh kematian manakala dua anggota termasuk Lt M Anuar Basha
tercedera. Selaras senjata bersama 30 butir peluru 303 dan dokumen pengganas
merupakan antara kelengkapan musuh yang berjaya dirampas di tempat kejadian.
Beliau dikurniakan pingat SP pada 2 Jun 1971. |
|
|
|
|
 |
KPL MAT AZNAN AWANG
berasal dari Kampung Parit Panjang, Baling, Kedah. Pada 4 Okt 1993 Allahyarham
Kpl Mat Aznan terlibat dalam misi menyelamat 70 orang US Rangers dan lima orang
anggota Tentera Udara Amerika Syarikat yang dikepung di kawasan Bakara Market
oleh militia Farah Aideed. Kereta perisai yang dipandu oleh Allahyarham ditembak
dengan senjata anti kereta kebal dari arah hadapan menembusi cermin kalis peluru
dan terkena bahagian bahu kiri Allahyarham serta mencederakan sembilan anggota
yang lain. Dalam peristiwa ini, empat buah Kereta Perisai Pengangkutan Anggota
(KPPA) jenis Condor juga Musnah. Usaha menyelamat anggota tentera Amerika
Syarikat ini telah dilaksanakan dengan cemerlang oleh anggota MALBAT. Kpl Aznan
meninggal dunia. Beliau dikurniakan pingat SP pada 4 Jun 1994. |
|
|
|
|
 |
LKPL SAIMON TARIKAT
berasal dari Kampung Parit Rambai Ulu, Pontian, Johor. Pada 25 Jan 1983
berdasarkan kepada maklumat tentang aktiviti pengganas komunis, anggota PKPT
seramai 12 orang diatur gerak dalam misi khas di Kampong Titi. Kumpulan ini
dipecahkan kepada tiga kumpulan kecil. Dalam keadaan samar di waktu malam, LKpl
Saimon dan seorang rakannya melihat dua orang pengganas komunis sedang menuruni
bukit. Tanpa berlengah mereka melepaskan beberapa tembakan. Di waktu itu,
seorang pengganas wanita menjerit supaya kawannya melarikan diri. Dalam situasi
genting itu, LKpl Saimon dengan berani merangkak menaiki teres bukit menghampiri
wanita tersebut untuk membunuhnya. Tindakannya itu menarik perhatian seorang
pengganas lelaki yang terus melepaskan tembakan dan mengenai LKpl Saimon. Beliau
terkorban dalam pertempuran tersebut. Dalam operasi ini dua pengganas komunis
berjaya dibunuh. Dua laras senjata bersama peluru adalah antara yang telah
dirampas daripada pengganas. Beliau dikurniakan pingat SP pada 1 Jun
1983. |
|
|
|
|
 |
TPR RASLI BUANG
berasal dari Kampung Buntal Lumut, Kuching, Sarawak. Pada 6 Jul 1971 Terup No.
3, Skuadron X yang dianggotai oleh Tpr Rasli ditugaskan ke Hutan Perlop untuk
misi khas memusnahkan musuh. Semasa sedang meronda, mereka ditembak oleh
segerombolan pengganas komunis. Setelah dua anggota cedera ditembak, Tpr Rasli
membalas tembakan musuh sambil bergerak dengan berani menghampiri rakannya yang
tercedera. Ketika berbalas tembakan, sebutir peluru musuh mengenai leher Tpr
Rasli dan mengorbankannya. Dalam pertempuran itu, angka kematian mahupun
kecederaan bagi pihak musuh tidak diperolehi sementara Terup No. 3 mengalami dua
kematian dan seorang tercedera. Beliau dikurniakan pingat SP pada 7 Jul
1972. |
|
|
|
|
 |
JEN (B) TAN SRI MOHD GHAZALI
BIN CHE MAT berasal dari Lenggong, Perak. Pada 13 Nov 1957, Platun 1
Kompeni A, 2 RAMD di bawah pimpinan Lt M Ghazali bertembung dengan salah satu
kumpulan yang dikenali sebagai 37/39 Platun Pembebasan dari Rejimen Ke-5 PKM.
Semasa mendaki bukit untuk merapati kedudukan musuh, mereka ditembak
bertubi-tubi dari atas bukit. Menyedari keadaan bahawa anggota-anggota tidak
dapat membalas tembakan, Lt M Ghazali dan seorang anggotanya bernama Pbt Hassan
Selati menyerbu ke arah musuh sambil melepaskan tembakan. Tindakan nekad dan
berani tersebut mengejutkan musuh dan memaksa mereka berundur. Dalam pertempuran
ini, dua orang pengganas komunis berjaya dibunuh. Beliau dikurniakan pingat PGB
pada 31 Ogos 1958. |
|
|
|
|
 |
MEJ JEN (B) ABDUL RAHMAN
KHAMIS berasal dari Alor Gajah, Melaka. Pada 8 Jul 1957 hasil daripada
maklumat seorang pengganas komunis yang menyerah diri, Lt Abd rahman yang
memimpin Platun 11 Kompeni C, 6 RAMD diarah untuk menjejaki perkhemahan musuh.
Hasil penjejakan tersebut, kedudukan musuh dapat dikesan di sebuah kawasan
lembah. Beliau membahagikan platunnya kepada tiga kumpulan kecil untuk
melaksanakan serang hendap ke atas pekhemahan tersebut. Setelah mengatur
kedudukan, mereka menunggu di lorong yang akan dilalui oleh pengganas untuk
kembali ke khemah mereka. Pada jam 1445, seorang pengganas lelaki dan wanita
mula memasuki perkhemahan itu. Lt Abdul Rahman mengekori mereka dan dalam jarak
25 ela, beliau menembak dan membunuh pengganas lelaki serta mencederakan
pengganas wanita. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 31 Ogos 1958. |
|
|
|
|
 |
MEJ JEN (B) DATO' ABDUL KADIR
NORDIN berasal dari Kelantan. Pada 1965 semasa OP OAK TREE yang
dilaksanakan di Kota Tinggi, Lt M Abdul Kadir diarahkan untuk menawan musuh yang
berkumpul di sebuah rumah kongsi. Beliau bersama-sama platunnya bergerak ke
lokasi musuh pada sebelah malam untuk mengepung rumah kongsi tersebut dengan dua
kumpulan penyekat dan satu kumpulan serangan. Serangan tersebut sepatutnya
dimulakan dengan tembakan pistol suaran tetapi tidak berlaku kerana peluru yang
ditembak tidak meletup. Dengan beranggapan kedua-dua kumpulan penyekatnya berada
dalam kedudukan, Lt M Kadir meluru ke rumah kongsi tersebut dan mengarahkan
musuh yang berada di dalam rumah itu keluar menyerah diri. Tindakan yang berani
itu mengejutkan musuh dan seramai sembilan orang menyerah diri. Ketika mengawasi
musuh keluar dari rumah tersebut barulah Lt M Kadir sedar bahawa hanya beliau
dan seorang anggotanya sahaja yang menyerbu ke rumah kongsi manakala anggotanya
yang lain masih belum mengambil kedudukan menyekat. Beliau dikurniakan pingat
PGB pada 8 Jun 1966. |
|
|
|
|
 |
MEJ JEN DATO' ABDULLAH
BABU berasal dari Yong Peng, Johor. Pada 24 Mac 1979 setelah menjumpai
perkhemahan musuh, Kapt Abdullah yang mengetuai 18 anggota lain terus mengatur
kedudukan untuk melancarkan serangan. Tembakan pertama daripada Sjn Mohd Zain
yang terserempak dengan seorang pengganas semasa bergerak untuk menyerang.
Serentak dengan itu, Kapt Abdullah dan kumpulan penyerang melepaskan tembakan
bertubi-tubi dan berjaya menumbangkan seorang musuh. Terkejut dengan serangan
tersebut, musuh cuba untuk melarikan diri tetapi Kapt Abdullah dan
anggota-anggotanya meneruskan penjejakan dan berjaya menembak mati seorang
pengganas wanita. Setelah penggeledahan dilakukan, kumpulan yang diketuai oleh
Kapt Abdullah berjaya membunuh tiga pengganas, merampas sepucuk senjata SLR,
peluru, risalah komunis, bahan makanan dan lapan kad pengenalan awam. Beliau
dikurniankan pingat PGB pada 7 Jun 1981. |
|
|
|
|
 |
KOL (B) ISMAIL
SALLEH berasal dari Alor Setar, Kedah. Pada 23 Ogos 1970 Kompeni C 6
Renjer pimpinan Mej Ismail digerakkan untuk menyekat penyusupan pengganas
komunis. Musuh yang ada awalnya berundur bertindak menyerang balas dengan
kekuatan lebih kurang 70 orang. Dengan bantuan tembakan artileri, Mej Ismail
memimpin kompeninya untuk menggempur kedudukan musuh yang terkepung. Beliau
mempamerkan ketabahan dan kecekalan yang tinggi sepanjang tujuh jam pertempuran
tersebut berlangsung. Hasil daripada pertempuran ini seramai empat orang
pengganas berjaya dibunuh. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 2 Jun
1971. |
|
|
|
|
 |
KOL (B) MAURICE LAM SHYE
CHOON berasal dari Pulau Pinang. Pada 12 Nov 1961 semasa pemberontak
Congo seramai lebih kurang 40 orang cuba mengepung dan menyerang Mes Pegawai
untuk menangkap beberapa pegawai tentera udara Itali, beliau mempamerkan
keberanian dengan menggerakkan dua buah kereta perisai untuk menawan semula Mes
Pegawai. Tindakan berani dan nekad Kapt Maurice berjaya menyelamatkan anggota,
peralatan dan persenjataan Pasukan Khas Malaya (Malaya Special Forces (MSF) dari
jatuh ke tangan tentera pemberontak Congo yang ketika itu menyerang dan
mengepung Mes Pegawai termasuk Lapangan Terbang Kindu. Beliau dikurniakan pingat
PGB pada 5 Jun 1963. |
|
|
|
|
 |
LT KOL (B) ISMAIL GHOWS berasal
dari Kampung Boyan, Taiping Perak. Pada 5 Okt 1966 berpandukan kepada maklumat
tentang sekumpulan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) yang akan mengadakan
perjumpaan, Kompeni Markas 7 RAMD pimpinan Mej Ismail digerakkan ke kawasan yang
disyaki di Kampung Jawa. Pada sebelah malam, semasa kompeni tersebut berada di
tepi sebatang sungai, beliau menjumpai pakaian awam dan melihat satu pergerakan
di dalam air. Dengan semangat keberanian dan keperwiraan, Mej Ismail terjun ke
dalam sungai dan menerkam ke arah musuh yang bersenjata ketika itu. Beliau
berjaya memberkas enam anggota TNKU setelah bergelut dengan mereka di dalam air.
Setelah anggota-anggota datang membantu, Mej Ismail sekali lagi terserempak
dengan dua lagi anggota TNKU dan berjaya menangkap mereka. Beliau dikurniakan
pingat PGB pada 7 Jun 1967. |
|
|
|
|
 |
LT KOL AHMAD ABD
RASHID berasal dari Batu 18, Kampung Tok Ya, Jitra, Kedah. Pada malam
30 Nov 1974, Kapt Ahmad bersama 11 orang anggota PKPT membuat serang hendap
terhadap sekumpulan musuh daripada Unit Penggempur Ke-6 yang datang mengambil
bekalan makanan. Dalam serang hendap pertama, beliau berjaya membunuh seorang
pengganas wanita. Seterusnya beliau mengambil tindakan berani dengan melancarkan
serang hendap kedua dan berjaya membunuh seorang lagi pengganas komunis.
Peralatan pengganas yang dirampas di tempat kejadian adalah sepucuk pistol
browning 9 mm bersama peluru dan ubat-ubatan. Beliau dikurniakan pingat PGB pada
4 Jun 1975. |
|
|
|
|
 |
LT KOL (B) ABDULLAH
DOLMAT berasal dari Jasin, Melaka. Pada 21 Okt 1974 ekoran daripada
maklumat yang diperolehi mengenai kegiatan pengganas komunis yang cuba
mempengaruhi penduduk kampung di Sungai Moyan, Lt M Abdullah dan 10 anggota
serta empat anggota Cawangan Khas Polis dipilih melaksanakan misi menyerang dan
memusnahkan musuh di kawasan tersebut. Setelah menjumpai perkhemahan musuh, Lt M
Abdullah mengatur kedudukan anggotanya. Pada jam 0600, mereka mula merangkak
merapati ke khemah musuh. Setelah ditembak oleh musuh yang menyedari kehadiran
mereka, Lt M Abdullah memimpin anggotanya dengan berani mara dan menggempur ke
perkhemahan teersebut. Dimasa yang sama kumpulan penyekat turut melepaskan
tembakan. Mereka berjaya membunuh lima orang pengganas serta merampas lima laras
senjata, sepucuk pistol, peluru dan kelengkapan lain. Seorang anggotanya
mendapat kecederaan ringan di dada akibat tembakan musuh. Beliau dikurniakan
pingat PGB pada 26 Nov 1974. |
|
|
|
|
 |
LT KOL (B) ROBERT RIZAL
ABDULLAH berasal dari Kampung Lachau Dua, Simanggang, Sarawak. 10 dan
11 Okt 1973 semasa melakukan misi penjejakan di waktu malam pada 10 Okt 1973,
Platun 12, berjaya membunuh dua pengganas komunis. Susulan itu, kompeni pimpinan
Kapt Rizal bergabung dengan Platun 12 dan memulakan penjejakan mencari dan
memusnahkan musuh. Pada lebih kurang 0100, mereka menjumpai sebuah perkhemaham
sementara musuh yang dianggarkan berkekuatan 30 - 40 orang. Setelah mengambil
kedudukan pada jam 0615, Kapt Rizal memulakan serangan dengan tembakan dari
senjatanya. Serangan mengejut tersebut menyebabkan musuh menjadi kelam kabut dan
cuba melarikan diri. Kapt Rizal dan anggotanya terus menyerbu dengan berani dan
hasilnya mereka berjaya membunuh tujuh orang pengganas dan merampas lapan laras
senjata, sepucuk pistol, peluru serta kelengkapan pengganas. Pasukan sendiri
mengalami kematian dan satu kecederaan. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 27
Dis 1973. |
|
|
|
|
 |
LT KOL (B) KASSIM ABDUL KADIR
berasal dari Labuan, Sabah. Pada 14 Mei 1971 semasa sedang meronda di
Bukit Besar, Lt M Kassim terdengar satu tembakan dan jeritan dari anggota
Pasukan Khas Perisikan Tentera (PKPT). Beliau dan platunnya berkejar ke tempat
kejadian dan mendapati PKPT diserang oleh sekumpulan musuh. Tanpa membuang masa,
beliau memimpin platunnya melancarkan serangan. Lt M Kassim dan Rjr Mereng
dengan tangkas dan berani menuruni lereng bukit sambil melepaskan tembakan
semburan dan menumbangkan seorang demi seorang musuh. Hasilnya mereka berjaya
membunuh seramai lima orang musuh dan merampas sebilangan senjata dan
kelengkapan mereka. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 7 Jun 1972. |
|
|
|
|
 |
LT KOL (B) ABD JALIL
MAKMOR berasal dari Kampung Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan. Pada
10 Dis 1974 Lt M Abd Jalil dan Platun 7, Kompeni C, 1 RAMD diarahkan membuat
penyapuan (sweep) di kawasan tanggungjawab Kompeni C di Bukit Lintang, Karak.
Semasa melaksanakan tugas tersebut seorang anggota senjata bantuan kompeni
ditembak oleh pengganas komunis dari arah belakang. Lt M Abd Jalil mengambil
tindakan berani untuk menjejak musuh tersebut. Setelah beberapa ketika, Platun 7
sekali lagi ditembak oleh pengganas. Lt M Abd Jalil dapat melihat musuh yang
berkedudukan 10 kaki sahaja dari tempat perlindungan beliau. Tanpa menghiraukan
keselamatan diri, beliau menembak musuh tersebut dengan MGK dan membunuhnya.
Sepucuk pistol yang diubahsuai serta peluru, bahan letupan, sedikit makanan dan
peralatan dirampas dari pengganas yang terbunuh. Beliau dikurniakan pingat PGB
pada 7 Jun 1975. |
|
|
|
|
 |
LT KOL BASRI OMAR
berasal dari Merbok, Bedong, Kedah. Pada 25 Apr 1976 Kapt Basri dan kumpulannya
diarahkan mem- buat pembersihan di sebuah terowong yang terletak di kawasan
perkhemahan musuh yang ditawan. Risiko yang diambil terlalu tinggi kerana laluan
di terowong tersebut dipenuhi dengan jerangkap samar yang masih aktif. Semasa
melakukan pembersihan, sebutir jerangkap samar meletup. Beliau mendapat
kecederaan dan seorang anggotanya cedera parah lalu meninggal dunia kemudiannya.
Semasa menunggu ketibaan helikopter, beliau memberikan kata-kata semangat dan
perangsang kepada kumpulan membersih jerangkap samar yang lain untuk meneruskan
tugas-tugas mereka. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 2 Jun 1976. |
|
|
|
|
 |
MEJ (B) BAHARIN ABD
JALIL berasal dari Kuala Krai, Kelantan. Pada 17 Mac 1971 Lt M Baharin
dan Rjr Lan ak Gima membuat penjejakan dan berjaya mengesan sekumpulan pengganas
komunis yang berkekuatan lebih dari 14 orang. Lt M Baharin dengan berani dan
nekad mengambil tindakan memulakan tembakan secara berseorangan sehingga
kehabisan satu kelopak peluru, kemudian Rjr Lan ak Gima meneruskan tembakan ke
arah musuh. Selepas itu tanpa menghiraukan hujanan peluru musuh, kedua-kedua
mereka dengan pantas dan serta merta menyerbu ke kedudukan musuh sambil
melepaskan tembakan. Dalam pertempuran tersebut mereka berjaya membunuh 13 orang
pengganas serta merampas tujuh laras senjata, tujuk pucuk pistol, peluru dan 14
beg galas mengandungi kelengkapan persendirian pengganas. Beliau dikurniakan
pingat PGB pada 2 Jun 1971. |
|
|
|
|
 |
MEJ (B) NEVILLE HERBERT
SIEBEL berasal dari Kuala Lumpur. Pada 12 Nov 1961 sekumpulan 40 hingga
50 orang tentera pemberontak Congo yang lengkap bersenjata mengepung Mes Pegawai
di Kindu. Ketika itu beberapa orang pemberontak memukul dan memijak
anggota-anggota tentera udara Itali. Menyedari keadaan tersebut Lt M Siebel
bersama-sama Lt M Low Tung Yeow dan Kapt Maurice Lam mengambil tindakan nekad
dengan menembak ke arah pemberontak. Lt M Siebel yang bertindak sebagai ketua
kereta turut dipukul dalam pergelutan tersebut. Beliau berjaya menawan seorang
pemberontak. Mereka kemudiannya terus berhadapan dengan kumpulan pemberontak
tersebut walaupun mendapat arahan untuk menyerahkan senjata dan kereta perisai.
Tindakan mengengkari arahan dalam situasi berkenaan adalah tepat kerana mereka
berjuang mempertahankan peralatan dan persenjataan Pasukan Khas Malaya dan
anggota-anggota yang diamanahkan dari jatuh ke tangan tentera pemberontak Congo
yang turut menyerah dan mengepung Lapangan Terbang Kindu. Beliau dikurniakan
pingat PGB pada 5 Jun 1963. |
|
|
|
|
 |
MEJ (B) LEE AH POW
Pada 12 Sep 1962, Trup No 2 C Skuadron yang dipimpin oleh Lt Lee diarahkan
membuat rondaan di utara Lapangan Terbang Elisabethville. Pada jam 1100, semasa
berpatah balik ke pangkalan, mereka melalui sebuah lorong di persimpangan
Martini. Selepas 30 km memasuki lorong tersebut, sekumpulan 30 ke 40 orang
tentera Katanga mengepung konvoi mereka dan melepaskan tembakan apabila
diarahkan berundur oleh Lt Lee. Dalam usaha menyelamatkan konvoi dari terus
diserang, satu tembakan semburan pendek browing machine gun dilepaskan ke arah
tentera Katanga. Tindakan ini menyebabkan tentera Katanga lari meninggalkan
kedudukan mereka. Setelah penggeledahan dibuat Lt Lee mendapati dua orang
tentera Katanga terbunuh dan banyak senjata serta peluru ditinggalkan oleh
mereka. Tindakan berani dan pantas yang dilakukan oleh Lt Lee ini menyelamatkan
satu seksyen tentera Gurkha yang turut dikepong oleh tentera Katanga. Beliau
dikurniakan pingat PGB pada 3 Jun 1964. |
|
|
|
|
 |
KAPT SHANMUGANATHAN AL
E.RAMPOO berasal dari Tanjung Malim, Perak. Pada 11 Jan 1974, seramai
22 anggota Platun 6 Kompeni B 5 Renjer pimpinan Kapt Shanmuganathan berjaya
mengesan perkhemahan pengganas komunis di atas sebuah bukit di kawasan Sungai
Liang, Raub, Pahang. Setelah membuat perancangan, beliau memimpin platunnya
melancarkan serangan. Kapt Shanmuganathan menunjukkan keberanian dan sanggup
mengambil risiko apabila meneruskan pendakian ke arah khemah musuh walaupun
tembakan balas musuh menghujani platunnya. Dalam usaha itu, sebutir peluru musuh
terkena Kapt Shanmuganathan. Melihat keadaan tersebut, Rjr Mat Isa berusaha
menarik tubuh Kapt Shanmuganathan keluar dari kawasan pertempuran. Seterusnya
Rjr Mat Isa melindungi Kapt Shanmuganathan dengan merebahkan tubuhnya ke atas
Kapt Shanmuganathan sehingga beliau sendiri terbunuh akibat terkena tembakan
pengganas. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 4 Jun 1975. |
|
|
|
|
 |
MEJ (B) KAMARUDDIN MOHD
JAMAL berasal dari Kuala Lipis, Pahang. Pada 21 Ogos 1964 berdasarkan
kepada maklumat tentang pendaratan Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang
berjumlah 12 hingga 15 orang di Pontian, kumpulan yang diketuai oleh Lt M
Kamaruddin digerakkan untuk menghapuskan kumpulan penceroboh tersebut. Semasa
mendekati musuh, mereka ditembak dengan senjata automatik. Setelah menyedari
tembakan kumpulan tersebut tidak berkesan, Lt M Kamaruddin pun membalingkan
grenad ke arah sasaran sambil meniupkan kata-kata semangat. Lt M Kamaruddin
berjaya membunuh seorang TNI yang cuba menembak ke arahnya. Keseluruhannya
mereka berjaya membunuh empat orang TNI, merampas senjata peluru dan peralatan
lain. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 21 Jun 1965. |
|
|
|
|
 |
MEJ (B) MOHAMAD BASRI
DIN berasal dari Kodiang Kedah. Pada 6 Okt 1974, Lt Muda Basri Din
bersama Platunnya ditugaskan untuk membantu platun pasukan Polis Hutan (PPH)
yang diserang hendap. Apabila sampai dilokasi Platun PPH, Lt Muda Basri terus
melaksanakan penjejakan bagi memburu musuh yang melarikan diri selepas serang
hendap berlaku. Dalam penjejakan tersebut Kumpulan PPH diserang hendap di sebuah
lereng bukit. Tembakan musuh dibalas dengan berani oleh Lt Muda Basri serta
Kumpulan PPH. Pertempuran berlaku sehingga hari gelap. Lt Muda Basri menunjukkan
keberanian dan tanggungjawab sebagai seorang ketua dengan membalas serangan
musuh sambil meniup kata-kata semangat kepada anggotanya untuk terus bertempur.
Hasil pertempuran tersebut, Lt Muda Basri berjaya membunuh seorang pengganas.
Pada keesokan harinya beliau berjaya membunuh seorang lagi pengganas dengan
menggunakan grenad. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 4 Jun 1975 |
|
|
|
|
 |
Mej (B) Samaon Ahmad
berasal dari Batu Kikir, Bahau, Negeri Sembilan pada 15 Jun 1972 berdasarkan
maklumat bahawa sekumpulan pengganas daripada Parti Komunis Kalimantan Utara
(PKKU) akan mengadakan perjumpaan, Lt Samaon bersama tiga orang bekas pengganas
komunis yang menyerah diri dan anggota dari Rejimen Komando Angkatan Darat
Indonesia ditugaskan untuk melaksanakan misi menghapuskan kumpulan tersebut.
Setelah menjumpai perkhemahan mereka, Lt Samaon membuat perancangan dan
memulakan tembakan semburan ke arah ketua pengganas dan membunuhnya.
Pertempuran berlarutan buat beberapa ketika sehinggalah semua pengganas
terkorban. Hasilnya tiga pengganas berjaya dibunuh dan beberapa senjata
seperti thompson, stengun dan pistol serta dokumen lain berjaya
dirampas. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 6 Jun 1973. |
|
|
|
|
 |
Mej (B) Salahuddin Mutalib
berasal dari Telok Anson, Perak. Pada 21 Jul 1972, Lt Salahuddin
diarahkan untuk melaksanakan misi membunuh Komander Pasukan Bersenjata 330 Parti
Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) iaitu Fam Tze Heung dan isterinya. Pada malam
16 Jul 1972, bersama tiga orang Bekas Pengganas Komunis (SEP), Lt Salahuddin
bergerak menjalankan misi tersebut. Setelah empat hari menunggu, akhirnya Fam
Tze Heung muncul bersama SEP. Dalam samar-samar kegelapan malam dan setelah
memastikan sasarannya, Lt M Salahuddin melepaskan tembakan MGK ke arah kedua-dua
pengganas. Fam Tze yang tercedera membalas tembakan tetapi tidak mengenai
sasaran. Lt Salahuddin bertindak nekad dan dengan berani memukul musuhnya dengan
senjata MGK lantas menjatuhkannya. Lt Salahuddin kemudian memulas tengkuk Fam
Tze dan menggunakan pisau untuk membunuhnya. Seterusnya beliau menerpa ke arah
isteri Fam Tze dan menikam sebanyak dua kali di dadanya. Sepucuk AK 47 dan
Stengun, peluru serta kelengkapan pengganas berjaya dirampas. Beliau
dikurniakan pingat PGB pada 6 Jun 1973. |
|
|
|
|
 |
Mej (B) Mohd H Piah Ali berasal
dari Kuala Terengganu, Terengganu. Pada 7 Okt 1977 jam 1030, semasa berhenti
rehat dalam perjalanan ke pangkalan baru, Lt Mohd H Piah menghantar satu
kumpulan ronda. Semasa membuat rondaan kumpulan tersebut terlihat sebuah
perkhemahan yang terletak di sebuah bukit dan beberapa orang pengganas komunis.
Ketua Kumpulan ronda tersebut memaklumkan perkara berkenaan kepada Lt Mohd H
Piah dan mereka diarahkan balik ke pangkalan untuk tindakan seterusnya. Selepas
menunaikan solat zohor beliau bersama platunnya ke kedudukan perkhemahan musuh.
Tepat pada jam 1700, beliau melepaskan satu tembakan ke arah musuh sebagai
isyarat memulakan serangan. Serentak dengan itu perkhemahan pengganas dihujani
dengan peluru dari Platun Lt Mohd H Piah. Hasil dari pertempuran itu, platunnya
berjaya membunuh empat orang pengganas komunis. Beliau dikurniakan pingat PGB
pada 7 Jun 1978. |
|
|
|
|
 |
Mej Roslan Abd Rahman berasal
dari Kg Melayu Majidee, Johor Bahru, Johor. Lt M Roslan memimpin Platun 5
Kompeni B 14 RAMD diarahkan untuk membuat rondaan tempur setelah menjumpai kesan
pergerakan pengganas. Pada 25 Okt 1979, mereka menjumpai sebuah kebun keledek
yang disyaki kepunyaan pengganas komunis. Setelah melakukan tinjauan, Lt M
Roslan menjumpai sebuah perkhemahan yang diduduki oleh empat orang pengganas
komunis yang ketika itu sedang bekerja di kebun tersebut. Lt M Roslan mengambil
keputusan untuk menyerang. Tembakan semburan pertama dari senjata Lt M Roslan
dan anggota-anggotanya berjaya membunuh dua pengganas komunis. Semasa
penggeledahan dilakukan seorang lagi pengganas wanita dibunuh dan seorang
dipercayai berjaya melepaskan diri. Platun 5 turut merampas dua pucuk senjata
Carbine, lapan kelopak dan 242 butir peluru, sepucuk senjata point 22, kelopak
dan 112 butir peluru, sebutir grenad dan peralatan lain. Beliau dikurniakan
pingat PGB pada 19 Dis 1980. |
|
|
|
|
 |
Mej KM (B) Michael Riman ak
Bugat berasal dari Saribas, Sarawak. Pada 1 Jun 1979 Platun Risik
Gempur (UCIS) yang dianggotai oleh Kpl Michael dan diketuai oleh Sjn Kanang ak
Langkau berjaya menjejak kesan musuh sehingga bertembung dengan tempat rehat
mereka. Dalam pertempuran tersebut, beliau dengan berani terus menyerang dan
merempuh ke arah musuh. Di atas sikap keberanian yang ditunjukkan beliau dan
kumpulannya berjaya membunuh seramai lima orang pengganas komunis. Pertempuran
tersebut juga meragut nyawa seorang anggota kumpulannya dan beliau sendiri
mendapat kecederaan parah di bahagian lengan. Beliau dikurniakan pingat PGB
pada 6 Jun 1984. |
|
|
|
|
 |
Lt Kol Halim Khalid berasal
dari Kampung Simpang Pulai, Ipoh, Perak. Pada 27 Sep 1993, Platun 4 Kompeni B
19 RAMD(Mek) yang diketuai oleh Kapt Halim Khalid iaitu Penolong Ketua Kompeni B
ditugaskan untuk memberi kawalan keselamatan di Mahkamah Awan di Old Port,
Mogadishu, Somalia. Semasa melaksanakan tugas ini, Platun 4 diserang oleh
militia yang bersenjatakan RPG, senjata automatik, repal dan grenad. Kapt Halim
memperlihatkan semangat keberaniaan yang luar biasa dengan mengarahkan
anggota-anggotanya membalas tembakan dan bertempur dengan puak militia.
Semangat juang yang ditunjukkan menyebabkan puak militia mengurangkan serangan
dan Platun 4 berjaya menyelamatkan tiga orang hakim Somalia dari menjadi korban
puak militia. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 2 Okt 1994 |
|
|
|
|
 |
Mej Abd Aziz Abd Latif berasal
dari Kampung Pak Badol, Bachok Kelantan. Pada 4 Okt 1993 Mej Abd Aziz terlibat
dalam misi menyelamat 70 orang US Rangers dan lima orang anggota Tentera Udara
Amerika Syarikat yang dikepung di kawasan Bakara Market oleh Militia Farah
Aideed. Sebagai Ketua Kompeni, Mej Aziz dengan beraninya turun dari kenderaan
untuk menyelamat anggota yang cedera sambil memberikan kata-kata semangat untuk
mereka terus membalas tembakan musuh. Misi menyelamat ini dilaksanakan dengan
cemerlang oleh anggota MALBAT walaupun seorang anggota terkorban dan sembilan
anggota tercedera serta kerosakan empat buah Kereta Perisai Pengangkut Anggota
(KPPA) akibat ditembak dengan senjata anti kereta kebal. Beliau dikurniakan
pingat PGB pada 2 Okt 1994. |
|
|
|
|
 |
Kapt Suhaidi Hj Saad berasal
dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pda 27 Ogos 1993 kira-kira jam 0500 semasa
Lt Suhaidi mengetuai Platun 2 Kompeni A 21 RAMD yang hanya berkekuatan enam
orang diserang oleh sekumpulan lanun di Laut Sulu, Lt M Suhaidi bertindak
membangkitkan semangat anggota-anggotanya untuk bertempur walaupun berkekuatan
kecil. Lt M Suhaidi mempamerkan keberanian dengan membalas tembakan lanun tanpa
menghiraukan risiko dan keselamatan diri sambil mengarahkan anggota-anggotanya
menembak ke arah lanun. Platunnya membunuh dua orang lanun dan mencederakan
tiga yang lain. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 1 Jun 1997. |
|
|
|
|
 |
Kapt (B) Panir Chellvum al
Velaitham berasal dari Kulim, Kedah. Pada 14 Feb 1977 Lt M Panir
bersama empat anggota terlibat dalam gerakan menyerang hendap pengganas komunis
yang dipercayai akan mengambil makanan dari penyokong mereka. Dalam pertempuran
ketika serang hendap, kumpulannya berjaya membunuh seorang pengganas. Sewaktu
penggeledahan dilakukan keesokan paginya, mereka menemui seorang pengganas yang
tercedera. Lt M Panir mengarahkan anggotanya supaya tidah membunuh pengganas
tersebut sebaliknya ditawan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan aktiviti
mereka di kawasan itu. Hasil pertempuran, sebanyak dua laras senjata bersama
peluru, bom tangan dan enam beg galas yang mengandungi makanan dan peralatan
dirampas. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 7 Jun 1978. |
|
|
|
|
 |
Kapt (B) David Fu Chee Ming
berasal dari Sibu, Sarawak. Pada 27 Ogos 1970 anggota Platun 8 Kompeni C 6
Renjer yang diketuai oleh Lt David adalah sebahagian daripada kumpulan yang
diarah untuk melakukan serang hendap ke atas satu kumpulan musuh yang dilaporkan
akan datang ke suatu tempat yang dikenal pasti. Setelah musuh memasuki kawasan
membunuh, Lt M David terus meletupkan claymore mine diikuti oleh semburan GPMG
ke arah pengganas. Platun 8 pimpinan Lt M David berjaya membunuh empat orang
pengganas dan merampas tiga senjata automatik bersama sejumlah besar peluru dan
enam beg galas yang mengandungi peralatan serta kelengkapan pengganas. Beliau
dikurniakan pingat PGB pada 2 Jun 1971. |
|
|
|
|
 |
Kapt Khairul Anuar Abd Aziz
berasal dari Batu 3, Kampung Besut, Jln Temerloh, Pahang. Pada 4 Okt 1993 Lt M
Khairul Anuar terlibat dalam misi menyelamat 70 orang US Rangers dan lima orang
krew Udara Tentera Amerika yang dikepung di kawasan Bakara Market oleh Militia
Farah Aideed. Setelah puak militia menggunakan senjata anti kereta kebal, Lt M
Khairul mengarahkan anggota-anggotanya membalas tembakan. Tindakan berani yang
diambil olehnya menyebabkan militia berundur dari medan pertempuran. Misi
menyelamat ini dilaksanakan dengan cemerlang oleh anggota MALBAT walaupun
seorang anggota terkorban dan sembilan anggota tercedera serta empat buah kereta
perisai pengangkut anggota (KPPA) rosak akibat ditembak dengan senjata anti
kereta kebal oleh Militia Farah Aided. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 2 Okt
1994. |
|