Senarai Blog Saya

Sabtu, 1 Disember 2012

Beranikah Pas masukkan HUDUD ke dalam buku Jingga?



Pas dicabar memasukkan hukum hudud sebagai sebagai salah satu manifesto dalam Buku Jingga pakatan pembangkang sekiranya parti itu tidak takut kepada DAP dan ikhlas mahu melaksanakan hukum tersebut.

Wakil UMNO Kelantan, Mohd. Afandi Yusoff berkata, UMNO tidak menentang malah menyambut baik jika Pas benar-benar mahu melaksanakan hudud kerana hukum itu diyakini dan ditaati oleh semua umat Islam di seluruh dunia.

"Kalau benar Pas jantan dan kalau benar Pas hendak buat hukum hudud, kita cabar mereka berjuang meletakkan hudud sebagai salah satu manifesto dalam Buku Jingga. Kalau yang itu pun tidak boleh buat, kita labelkan Pas ibarat barua.

"Saya hendak bagi pantun sedikit kepada Pas. Hisap rokok dalam kelambu, tubik (keluar) asap menjadi abu, Pas umpama jolok kayu, tetak tidak lut, gadai pun tidak laku, ayam tidak patuk dan itik pun tidak sudu," katanya semasa mencadangkan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ahad, 30 September 2012

Ada Demo Di Perak !!

 

Demo anti-pembalakan di Pengkalan Hulu.





Satu tunjuk perasaan aman telah diadakan di Pengkalan Hulu selepas sembahyang Jumaat semalam bagi membantah pembalakan di Gunung Lang. Tunjuk perasaan yang diadakan di Padang Perbandaran Pengkalan Hulu itu diadakan selepas penduduk hilang keyakinan dengan janji-janji kerajaan untuk membatalkan pembalakan di Gunung Lang yang bukan saja telah mencemarkan persekitaran malah mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat.
Sejak pembalakan dijalankan, banyak kejadian gajah-gajah liar yang mengamuk dikawasan kampung sambil memusnahkan tanaman, ekoran pemusnahan habitat mereka.
Pembalakan diGunung Lang telah berjalan tidak berapa lama dahulu, tetapi atas bantahan penduduk, projek pembalakan itu dihentikan buat sementara. Walaubagaimanapun, ianya disambung semula baru-baru ini dan ini jelas melanggar janji-janji yang dibuat sebelum ini.
Untuk memahami perasaan penduduk-penduduk setempat, kami siarkan satu artikel yang ditulis oleh Tok Ku Wak untuk menjelaskan keadaan sebenar tentang apa yang berlaku disana.
Oleh: Tok Ku Wak 

Gunung Lang terletak di kawasan Mukim Pengkalan Hulu berhampiran sebuah kampong- Kg Kuak Hulu. Kampung Kuak Hulu adalah sebuah kampung yang terletak dalam daerah kecil Pengkalan Hulu,dan daerah besarnya ialah Hulu Perak,lebih kurang 250 kilometer dari bandaraya Ipoh.
Yang uniknya kampung ini berhampiran dengan Negara jiran Thailand dan bersempadan dengan daerah Baling Kedah.Dengan ketinggian dari aras laut 380 meter,kampung ini agak sejuk dan udaranya sentiasa nyaman seperti berada di tanah tinggi Cameron Highland.
Kebanyakan penduduk kampung ini menjalankan aktiviti pertanian ,pekebun kecil getah dan ada juga yang bekerja di sektor awam atau swasta ,Dengan bentuk muka bumi yang agak kompleks dan bebukit bukau ia menjadikan kampung ini amat menarik dan cantik,tatkala waktu pagi pula sekitar kampung ini akan di selubungi kabus yang menambahkan lagi keheningan pagi hari,
Keadaan geografinya yang jauh dari hiruk pikuk kota,menjamin ketenangan pada siapa saja yang berkunjung ke kampung ini.Seperti berada dalam sebuah ‘WADI’ sejuk mata memandang apabila melihat keadaan kampung yang di kelilingi oleh kehijauan alam semula jadi yang merupakan anugerah yang tak ternilai dari maha pencipta.


Tapi… segala ini akan tinggal kenangan sekiranya pembalakan di kawasan hulu sungai kampung ini menjadi kenyataan,Bayangkanlah.. kampung yang permai ini bakal dirobek oleh jentera dan jentolak untuk aktiviti pembalakan sekali gus memusnahkan keindahan flora dan menggangu habitat fauna.Sudahlah masaalah gajah liar yang meganggu penduduk baru saja diselesaikan,

Gajah liar ini keluar dari habitat asal kerana aktiviti pembalakan telah memusnahkan segala tumbuh-tumbuhan yang menjadi makanan mereka,Apabila tempat yang menjadi sumber makanan gajah telah musnah,lantas gajah akan keluar ke pinggir kampung mencari makanan lalu memusnahkan tanaman penduduk kampung dan sekali gus mengancam nyawa penduduk .
Kenapa kah hal sedemikian terjadi…tak lain dan tak bukan ia berkait rapat dengan aktiviti pembalakan. Ini baru sedikit kesan nya terhadap penduduk kampung belum lagi termasuk dengan kejadian hakisan tanah, Tanah runtuh dan pencemaran air yang kerap berlaku ketika musim hujan,air sungai akan bertukar warna bila hujan turun. Tanah yang terhakis akan melalui kawasan sungai sedikit demi sedikit dan lama kelamaan sungai akan menjadi cetek,manusia pertama yang akan menerima kesan ini ialah penduduk yang mendiami kawasan hulu sungai tersebut.
Masih ingatkah lagi pada peristiwa yang telah meragut penduduk orang Asli di Pos Dipang..dimana banjir lumpur yang membawa saki baki cebisan kayu balak telah hanyut melanda perkampungan tersebut dan menyebabkan beberapa orang asli terkorban.Adakah kita ingin lihat pekara yang sedemikian berulang…?
Fikir-fikirkanlah ,muhasabah lah diri dan pertahankan sumber asli hutan simpan Gunung Lang habis-habisan,Jangan biarkan hutan yang menjadi warisan ini dicerobohi oleh tangan-tangan rakus manusia yang tamakkan harta dunia. Sesungguhnya rosaknya alam ini adalah dari tangan-tangan manusia sendiri .



***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/09/29/demo-anti-pembalakan-di-pengkalan-hulu/

Jumaat, 28 September 2012


Inti Pati Bajet 2013 Tidak Menjanjikan Bulan dan Bintang

Berikut intipati pembentangan beliau:





Pembuka kata

- Kerajaan tidak pernah menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala.

- Naskhah bajet ini penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana terus meletakkan kepercayaan kepada kerajaan.
- Asas ekonomi kukuh membolehkan ekonomi negara di landasan teguh.

Gambaran umum

- Pendapatan per kapita negara sebanyak RM31,000 dan rizab antarabangsa sebanyak RM432.2 bilion.

- Hasil kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak RM208.6 bilion berbanding RM207 bilion pada 2012.

- Defisit kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012.

- Perbelanjaan mengurus sebanyak RM201.9 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM49.7 bilion.

Isi penting


- Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
    
- Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
    
- Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
    
- Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
    
- Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
    
- RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013. 

- Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

- Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

Industri halal

- SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

- Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.

- Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.

Petani, nelayan & penjaja kecil 

- Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

- Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.

- Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.

- Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan.

- Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.

Galakan amanah perniagaan

- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

- Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.

- RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

- Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

- Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

Pasaran modal 

- Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).

- DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.

- Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

- Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

- Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

- Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

- RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.


Pasukan keselamatan

- Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.

- Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.

- Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuanone-off RM1,000.

- Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.

Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan

- Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.

- Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.

- Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.

- SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).

Imbuhan

- Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.

- Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.

- Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.

- Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.

- Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.

- Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.

- Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.

- Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.

- Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000.

- Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.

- Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.

- Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.

- Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.

- Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).

- Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten.

- Pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam.

Timbalan perdana menteri Thai letak jawatan


Yongyuth Wichaidit
ยงยุทธ วิชัยดิษฐ

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Yongyuth Wichaiditm hari ini mengumumkan peletakan jawatannya dan juga jawatan Menteri Dalam Negeri berkuatkuasa Isnin ini.
  
"Tiada siapa memberi tekanan kepada saya untuk meletak jawatan. Saya membuat keputusan sendiri bagi mengelak masalah undang-undang," katanya.
  
Kelayakan Yongyuth untuk berkhidmat dalam Kabinet dan sebagai Ahli Parlimen menimbulkan keraguan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan mendapati beliau melakukan salah laku sebagai penjawat awam baru-baru ini.
  
Beliau didapati menyalahi undang-undang dengan meluluskan penjualan tanah biara yang dimiliki oleh Wat Thammikaram kepada Alpine Real Estate Co., dan Alpine Golf and Sports Club Co., semasa berkhidmat sebagai timbalan setiausaha tetap Kementerian Dalam Negeri pada tahun 2002.

Di bawah undang-undang Thailand, tanah biara tidak boleh dijual atau dipindah hak milik.
  
Yongyuth bagaimanapun, berkata beliau akan mengekalkan jawatan sebagai pemimpin Parti Phue Thai dan Ahli Parlimen.
  
Sejak kebelakangan ini, beliau telah menghadapi tekanan berterusan dari luar dan dalam partinya untuk meletakkan jawatannya.
  
Beberapa pemimpin parti khuatir bahawa Pheu Thai, yang menjadi parti gabungan utama dalam pemerintahan kerajaan sekarang, mungkin menghadapi pembubaran sekiranya Yongyuth, sebagai pemimpin parti itu, akhirnya didapati bersalah dan dipaksa berundur.

Yongyuth merupakan antara lima timbalan perdana menteri dalam Kabinet Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

- Bernama

Anwar Ibrahim Perlu Bertaubat

 

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa bertaubat sekiranya benar dakwaan yang menyatakan beliau bersetuju bahawa 'umat Islam menghadapi masalah jiwa' apabila membuat bantahan keras terhadap penerbitan dan penyiaran filem Innocence of Muslim.

Pengerusi Jawatankuasa kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahya berkata, selain bertaubat Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) itu perlu kembali kepada agama dan menghormati sensitiviti umat Islam.

"Sekiranya kenyataan itu benar, maka saya merasakan Anwar tidak memahami Islam dan sensitiviti umat Islam.

"Beliau (Anwar) perlu bertaubat dan kembali kepada agama, selain menghormati sensitiviti uamt Islam jika benar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Persiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hassan Ali berkata, Anwar telah memperkecilkan usaha bantahan Umat Islam seperti dilaporkan dalam akhbar Britain, The scotsman baru-baru ini dan ekoran daripada itu, jelas memperlihatkan sikap sebenar Ketua Pembangkang itu walaupun filem anti-Islam itu terbukti menghina Islam dan Rasulullah SAW.

Tambah Fathul Bari, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sepatutnya lebih sensitif terhadap isu-isu mengenai Islam kerana tindakan membuat bantahan itu adalah satu fitrah yang menunjukkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
 
Katanya Anwar dianggap menyentuh sensitiviti umat Islam tanpa meletakkan garis panduan atau nasihat yang perlu dilakukan dengan jelas.

"Sebagai contoh, Anwar patut meletakkan garis panduandan nasihat kepada umat Islam supaya tidak terlalu mengikut emosi dan mengikut ajaran Islam dalam menyuarakan bantahan.

"Kita dapat lihat sekarang, apabiala orang hina nabi, beliau tidak sensitif, maka tidak hairanlah jika Anwar tidak sensitif terhadap isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), pluralisme dan Yahudi-Israel," katanya.


Mengulas isu sama, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, umat Islam keseluruhannya wajib menunjukkan satu sikap membantah terhadap sebarang penghinaan ke atas agama dan Rasulullah SAW.


"Sekiranya kita tunduk dan reda tanpa menyuarakan bantahan ke atas penghinaan tersebut, bimbang ia disifatkan sebagai bersetuju dengan apa yang dilakukan itu," katanya.


Jelas beliau, selain menyuarakan bantahan, umat Islam perlu memberikan pandangan sebenar siapa Rasulullah SAW bagi menepis pembohongan dan penghinaan tersebut.


"Dalam Islam, kita wajib mempertahankan lima perkara iaitu agama, nyawa, fikiran, zuriat (keturunan) dan ekonomi serta memperkasakannya.


"Dalam konteks ini, sekiranya benar kenyataan seperti laporan akhbar tersebut (kenyataan Anwar), maka ia bukan ciri-ciri etika dan akhlak seorang Islam," katanya.

- Dari Admin Papa Gomo

Anwar Al Juburi

Bajet 2013 Bukan Janji Syurga, Bintang Tapi Berpaksi Pada Realiti Untuk Rakyat

Pembentangan belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sebagai satu belanjawan yang menyentuh keseluruhan aspek dan lapisan masyarakat, sebagai satu kesinambungan dalam meneruskan tradisi kerajaan Barisan Nasional  untuk memakmurkan negara dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat di negara ini.

Belanjawan 2013 ternyata tidak menjanjikan bulan dan bintang, namun berpaksi pada realiti kemampuan kerajaan untuk melaksanakan segala pembangunan ekonomi, infrastrutur dan juga pembangunan insan yang merupakan satu penghargaan kepada seluruh rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Justeru itu, menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal menganggap bahawa bajet 2013 ini menyentuh segala aspek keperluan semua masyarakat di pelbagai peringkat lapisan.

“Ia satu belanjawan yang amat bertanggungjawab untuk rakyat dan negara kita. Ia tidak berpaksikan untuk meraihkan sokongan dan undi semata-mata, biarpun kita sedar bahawa pilihanraya sudah hampir tiba. Tetapi ia berlandaskan keupayaan negara kita. Adakah kita mampu untuk membelanjakan 251 bilion yang ada.

“Amat jelas bahawa belanjawan ini tidak menjanjikan syurga, bulan dan bintang, tetapi menjanjikan sesuatu yang mampu kerajaan tunaikan dan laksanakan kepada rakyat. Bagi peringkat kementerian kemajuan luar bandar, ia merupakan satu berita baik bagi masyarakat luar bandar.

“Peruntukan sebanyak RM 4.5 bilion ringgit, di mana RM 1.2 untuk jalan raya, RM 1.6 untuk air dan bekalan elektrik. Dan insyaAllah dengan penambahan bajet yang telah diberikan ini, kita mampu untuk menunaikan segala perkara yang masih belum dapat ditunaikan pada tahun-tahun yang sebelumnya,” tegas beliau.

Manakala menurut Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan, bajet 2013 merupakan satu belanjawan untuk mensejahterakan rakyat.

“Biarpun pembangkang kata bajet ini untuk pilihanraya. Cuma saya nak bertanya, apakah bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Pembangkang itu bukan untuk pilihanraya? Jadi mereka ini hanya pandai bercakap, tetapi mereka juga membuat perkara yang serupa.

“Bagi saya, samada ia untuk pilihanraya atau tidak, ia bukan salah satu masalah. Apa yang penting, adakah wang itu kita berikan secara bertanggungjawab? Angka-angka yang penting untuk diambil berat oleh rakyat  ialah RM 100 untuk anak-anak sekolah, RM 200 adalah untuk pembelian telefon bimbit, RM 250 baucer buku yang dinaikan RM 50, RM 250 adalah untuk orang bujang berpendapatan RM 2000 ke bawah dan RM 500 adalah untuk BR1M 2.0.

“Dan percayalah kita akan tunaikan segala janji sebagaimana kita telah menunaikan janji-janji kita pada bajet 2012 sebelum ini,” ujar beliau.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan yang penuih keprihatinan terhadap pelbagai aspek, khusus untuk angkatan tentera Malaysia dan veteran tentera.

“Ada enam aspek yang telah diberikan oleh Perdana Menteri. Pertamanya ialah bayaran wang sagu hati sebanyak RM 1000 sekaligus untuk veteran tentera yang tidak berpencen yang melibatkan seramai 24 ribu bekas tentera. Ini perkara yang dituntut oleh Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) dan Perdana Menteri sebagai bekas Menteri pertahanan selama 14 tahun, prihatin terhadap tuntutan ini.

“Yang keduanya, ialah pasukan askar wataniah, pasukan simpanan tentera laut dan udara dengan dinaikan elaun daripada RM 4 sejam dan kini dinaikan sebanyak RM 6 sejam mengikut pangkat. Ini merupakan kenaikan hampir 25 peratus dan ini akan menggalakanlebih ramai masyarakat terlibat denngan pasukan simpanan,” jelasnya.

Selain daripada itu menurut Zahid yang juga Menteri Pertahanan, insentif sebanyak RM 200 kepada pegawai tentera yang bekerja lebih masa dan ini telah menyamaratakan elaun yang selama ini diperolehi oleh pihak polis. Begitu juga dengan insuran berkelompok merupakan satu skim baru yang merupakan satu penghargaan terhadap pihak tentera dan polis.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Harun menyifatkan bahawa belanjawan 2013 ini merupakan bajet yang bertambah baik yang merangkumi semua aspek.

“Bajet 2013 telah memgambil kira secara menyeluruh oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan pada masa yang sama saya dapat merasakan bahawa kecekapan dan keberkesana bajet ini kerana PM benar-benar memaksudkan apa yang beliau katakan serta benar-benar mendengar keluhan rakyat di negara ini.

“Bajet ini ialah manifestasi kepada idea-idea PM untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat secara kolektif. Sebab itu bagi saya ini adalah bajet yang terbaik yang pernah saya dengar yang mengambil kira semua aspek kehidupan baik bagiorang bujang, anak-anak bersekolah,golongan tua, golongan sederhana, kaya dan miskin, bagi yang berpencen atau masih bekerja dan sebagainya, ia  merupakan satu bajet yang benar-benar menepati setiap aspek dalam kehidupan masyarakat di negara ini,” kata beliau.

Begitu juga menurut Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman Said, yang amat gembira apabila Perdana Menteri mengumumkan seramai 300 pelajar Institut Kemahiran Belia yang akan diberikan peluang untuk melibatkan diri dalam industri Minyak dan Gas di negara ini sebagai satu permulaan penglibatan rakyat di negara ini dalam industri tersebut.

“Secara tak langsung, ia membuka peluang kepada anak-anak muda untuk terlibat secara langsung dalam industri minyak dan gas, dan mereka tidak perlu ke luar negara untuk mendapat latihan dan pendidikan dalam bidang ini.

“Manakala secara umumnya bajet ini saya lihat adalah lebih menjurus kepada generasi muda di negara ini. Bagi saya generasi muda di negara amat beruntung kerana kerajaan yang sedia ada hari ini sedar bahawa generasi muda hari ini merupakan pemangkin kepada kemajuan negara pada masa yang akan datang,” ujarnya.

Mudarat air ketum sama seperti dadah




PIHAK polis giat melancarkan operasi bagi membendung pengambilan air ketum yang berleluasa terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. - Gambar hiasan





PENAGIHAN dadah dalam kalangan anak muda kita semakin membimbangkan. Munculnya pelbagai jenis dadah moden seperti ice, pil kuda, dan ekstasi bukan sahaja menjadikan cara manusia menghisap dadah berubah, malah menjadikannya merebak dengan begitu cepat.

Kini, di beberapa negeri di utara tanah air, muncul pula kegilaan baharu masyarakat terhadap air ketum. Ia merupakan daun yang diambil dari sejenis tumbuhan yang tumbuh secara melata di beberapa negeri utara tanah air.

Daun ini kemudiannya direbus dan airnya diminum dengan anggapan bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit dan memulihkan tenaga.

Bagaimanapun, yang jarang disedari ialah simptom ketagihan bahan ini. Adalah mustahil ia mampu mengubat penyakit atau memberikan kekuatan jika penggunanya tidak boleh meninggalkannya sama sekali dan perlu bergantung pula pada air ketum setiap hari.

Dalam keadaan seperti ini, air ketum tidak lagi mampu menjadi ubat, sebaliknya sedang menjadi racun yang sedang merosak diri dan masyarakat.

Kesan ketagihan

Benar, kesan ketagihannya mungkin tidaklah sebesar penggunaan dadah hingga menyebabkan ada yang mencuri atau melakukan jenayah lain. Bagaimanapun, ada kesan sosial lain yang lebih buruk daripada penggunaan dadah.

Tidak seperti penggunaan dadah, peminum air ketum ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ia bukan hanya melibatkan anak muda, malah orang dewasa.

Kalau penggunaan dadah biasanya melibatkan mereka yang dianggap sebagai 'rosak akhlak', bagaimanapun peminum air ketum ialah ahli masyarakat yang normal.

Mereka terlibat dengan aktiviti harian lain seperti bekerja, pergi ke masjid dan terlibat dengan kegiatan kemasyarakatan seperti biasa. Dalam erti kata yang lain, mereka ialah manusia budiman.


SESETENGAH pihak sengaja mencampurkan air ketum dengan bahan terlarang lain untuk menambahkan kesannya. - Gambar hiasan




Aktiviti meminum air ketum juga lebih terbuka. Ia diminum di rumah ketika duduk bersantai dan dianggap hal biasa yang tidak merosakkan masyarakat. Malah, dalam banyak keadaan, peminumnya memberi tanggapan positif kononnya ia boleh menghilangkan pelbagai jenis penyakit termasuklah kencing manis dan darah tinggi.

Hakikat yang jarang diselidiki ialah sejauh manakah air ketum ini memberikan kebaikan dibandingkan dengan keburukannya?

Mereka yang telah beberapa kali meminum air ketum biasanya berpotensi untuk terus menjadi penggunanya. Pengguna yang cuba meninggalkannya pula akan berasa mengantuk, tidak senang duduk, malah ada yang mengadu mengalami cirit birit.

Simptom ini sebenarnya sama seperti yang dialami oleh penagih heroin dan ubat batuk, malah penggunaan air ketum yang terlampau menyebabkan kulit muka menjadi seperti terbakar dan kehitaman. Semua ini merupakan kesan buruk yang biasanya tidak disedari oleh penggunanya.

Hakikat lain yang jarang difikirkan ialah penagihan air ketum ini telah menyebabkan kesan sosial yang jauh lebih buruk malah, lebih buruk daripada penggunaan dadah yang lain.

Begitupun, oleh kerana penggunanya ialah orang dewasa dan ada yang 'warak', maka mereka boleh memberikan pelbagai fatwa untuk menghalalkan penggunaannya.

Ini menjadikan ia mampu berkembang dan merebak dengan cepat ke dalam masyarakat. Bayangkan, kini penggunanya melibatkan pelajar sekolah menengah pula.


ANAK-ANAK muda dikhuatiri terbiasa dengan tabiat ketagihan dan sudah tidak mempunyai rasa takut pada orang dewasa. - Gambar hiasan





Persepsi berubah

Ia tidak dianggap sebagai hal terlarang kerana golongan dewasa sendiri telah menganggapnya secara positif. Sekiranya ada anak-anak remaja yang menggunakannya, adakah golongan dewasa mampu memberikan teguran kalau mereka sendiri penggunanya?

Sebenarnya inilah antara isu besar yang sedang melanda kita. Orang dewasa yang menggunakan air ketum ini akan kehilangan 'pengaruh' psikologikal untuk menegur dan membimbing anak-anak remaja sekiranya ada yang terjebak dengan ketagihan air ketum.

Harus diingat, penagihan dadah biasanya berkembang daripada satu tahap ke tahap yang lain. Bayangkan, sekiranya anak-anak ini kemudiannya mula menjinakkan diri dengan dadah. Apakah yang boleh dilakukan oleh orang dewasa untuk menegur mereka?

Bagaimana nanti sekiranya anak-anak ini mula bertanya apakah bezanya mereka, 'ayah menagih air ketum, dan kami pula menagih ganja!'.

Inilah sebenarnya kesan buruk yang mungkin tidak disedari oleh pengguna air ketum. Walau sebesar mana mitos positif mengenai air ketum, ia sebenarnya lebih banyak mengundang kerosakan kepada masyarakat berbanding kebaikannya.

Ia sedang menyumbang kepada beberapa kerosakan lain yang tidak disedari. Mitos kehebatan air ketum hanyalah dongeng seperti yang juga muncul dalam penggunaan dadah yang lain. Berhentilah, kalaupun bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk anak-anak kita yang kian membesar.
kosmo

Khamis, 27 September 2012

Bajet 2013 peluang akhir BN tarik pengundi
Wartawan Sinar Harian
28 September 2012
Azman Ibrahim
Naib Yang Dipertua Pas Setiu, Dr Azman Ibrahim

KUALA TERENGGANU – Kenyataan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang menggambarkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mungkin tidak berlangsung pada tahun ini dianggap sebagai tidak jauh daripada jangkaan pembangkang.

Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Setiu, Dr Azman Ibrahim berkata, mengambil kira Bajet 2013, sudah tentu kerajaan akan memastikan belanjawan tersebut dimanfaatkan terlebih dahulu kepada rakyat.

Beliau turut menyifatkan bajet tersebut sebagai peluang terakhir BN untuk menarik rakyat bersama-sama mereka pada pilihan raya umum akan datang.

“Amat tidak bijak jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan PRU13 sebelum memanfaatkan belanjawan tersebut kerana inilah kesempatan terakhir pihak terlibat untuk tarik pengundi,” katanya.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan PRU13 tidak akan berlangsung tahun ini, lantas mengaburkan spekulasi pelbagai pihak kejutan bakal berlaku November ini.

Ini kerana katanya, perlu bagi Najib menggunakan sepenuhnya mandat pemerintahan lima tahun pemerintahan BN sejak 2008 sebelum PRU berlangsung.

Azman yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar negeri bagaimanapun berkata, pihaknya tidak bimbang terhadap sebarang kemungkinan yang boleh menggugat keyakinan rakyat terhadap pembangkang.

Beliau memberitahu, pembangkang tidak ketandusan isu sama ada peringkat setempat, Dewan Undangan Negeri (Dun) atau peringkat nasional.

“Kita yakin rakyat bersama-sama tetapi kita tidak boleh jangka dan secara umumnya apa yang dikemukakan kerajaan itu kita istilahkan sebagai gula-gula kepada rakyat. Rakyat bijak menilai untuk tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

7 anak penagih


KERIAN: Hancur luluh hati seorang ibu apabila mendapat tahu semua tujuh anaknya adalah penagih dadah tegar hingga menyebabkan dia dicaci masyarakat yang menuduhnya tidak pandai mendidik anak.

Wanita malang itu, Zawiyah Osman, 68, berkata, aktiviti tujuh anaknya yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah cukup menyedihkan, namun dia tidak mampu berbuat apa-apa selain menasihati anak-anaknya itu.

Lebih menyedihkan apabila empat dari tujuh anaknya itu meninggal dunia satu persatu kesan pengambilan dadah secara berlebihan.

  “Saya tidak segan berkongsi pengalaman duka dialami kerana inilah takdir dalam hidup saya. Berat mata memandang, berat lagi bebanan jiwa yang saya tanggung selama ini.

“Walaupun semua anak mak cik penagih dadah, naluri keibuan dan kasih sayang saya kepada anak tidak pernah luntur. Mak cik tetap mengambil berat dan menjaga mereka,” katanya ketika ditemui pada sesi rawatan dan pemulihan penagih dadah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Pada sesi itu, Zawiyah membawa seorang anaknya, Fauzi, 30-an, untuk mendapatkan rawatan pemulihan daripada pihak AADK.

Dia yang juga seorang ibu tunggal mendakwa anaknya tidak pernah menyusahkan atau mencuri barang berharga miliknya walaupun bergelar penagih dadah.

“Walaupun mereka penagih tegar, semua mereka tidak pernah menyusahkan saya atau penduduk kampung.
“Mak cik tidak pernah berhenti menasihati mereka untuk berubah dan kembali menjadi manusia normal. Malangnya hati mereka tidak terbuka untuk kembali ke pangkal jalan sebelum ini,” katanya.

Dia mendakwa terpaksa mengorbankan segala yang dimiliki demi menjaga anaknya terutama membabitkan kos rawatan pemulihan supaya anaknya menjadi insan berguna.

“Namun, hajat mak cik tidak kesampaian apabila empat anak mak cik meninggal dunia satu persatu akibat bahana dadah. “Bagaimanapun, mak cik bersyukur kerana masih ada tiga lagi anak yang sedang menjalani rawatan pemulihan dadah. Makcik harap mereka dapat berubah dan tidak mengulangi kesilapan lalu,” katanya.

Sementara itu, Fauzi yang ditemui berkata, dia menyesal dengan penagihan dilakukan itu dan mendakwa ia berpunca daripada hasutan rakan yang juga penagih dadah.

Dia yang baru melangsungkan perkahwinan lima bulan lalu berhasrat untuk berubah demi ibu dan isteri tercinta.

“Saya sudah muak menjadi penagih dadah dan mahu kembali ke pangkal jalan. Hanya ini saja cara saya membalas jasa dan kesabaran ibu selama ini,” katanya. - METRO

Rabu, 26 September 2012

Suspek bunuh Hasnul,Pengawal Keselamatan sudah dtangkap.

 
PJ PAS Perak ,Ustaz Abu Bakar  sedang memimpin doa sebaik seusai Solat Jenazah Allahyarham  Hasnul Hafiz Saad


IPOH - Seorang pengawal keselamatan yang disyaki menembak mati rakan sekerjanya dan melarikan wang tunai RM1.2 juta di Aulong, Taiping, minggu lepas, ditahan di Bukit Kampung Syed Omar, Kangar, Perlis semalam.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada pukul 11 pagi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Perlis.
   
"Dengan tangkapan itu, kes itu dianggap selesai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
   
Beliau berkata polis turut merampas wang tunai RM7,250 dan mata wang Thai 550 Bath daripada lelaki terbabit.
   
Jumaat lepas, polis menahan enam suspek iaitu empat lelaki dan dua wanita berusia antara 25 dan 30-an bagi membantu siasatan kes itu.
   
Dalam kejadian 18 Sept lepas, pemandu van syarikat keselamatan, Hasnul Hafiz Saad, 28, mati di tembak empat das dari jarak dekat ketika mangsa dan rakan sekerjanya dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai di beberapa bank di bandar Taiping. - Bernama

Pengundi desak Pengerusi DAP Perak letak jawatan

SUNGAI SIPUT 26 Sept. - Selepas dihentam para perwakilan semasa konvensyen DAP Negeri Perak, Ahad lepas, sekumpulan pengundi termasuk anggota DAP di sini hari ini mendesak Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham supaya meletak jawatan berhubung kenyataannya mempertikai bantahan umat Islam terhadap filem "Innocence of Muslims".

Desakan itu dibuat dalam satu perhimpunan di hadapan sebuah bank di sini apabila mereka membawa kain-kain rentang berlambang roket yang merupakan logo DAP dan beberapa poster antara lain bertulis "jangan sentuh isu agama antara kaum", "Ngeh Koo Ham harus letak jawatan Pengerusi DAP Perak" serta "mohon maaf bukan satu jalan penyelesaian".

Terdapat satu kain rentang yang mempamerkan logo parti itu pada kiri dan kanan serta bertulis "kami menyokong dan pengundi (Anggota Dewan Undangan Negeri) Adun Jalong (dari DAP) mendesak Ngeh Koo Ham letak jawatan sebagai pengerusi DAP negeri Perak kerana bersikap anti-Islam".

Seorang anggota DAP Sungai Siput yang juga seorang saudara baru, Dini Haikal Abdullah meminta Ngeh supaya tidak menggunakan isu agama kerana ia cukup sensitif dan meminta Ngeh supaya menghormati antara satu agama dengan agama yang lain.

Sementara itu, bekas anggota DAP Sungai Siput, Ng Eng Hock berkata jika Ngeh ingin meraih undi, beliau sepatutnya menggunakan cara yang betul bukan "mengusik" perkara berhubung agama.

"Dia perlu cakap perkara yang berpatutan sahaja, perlu hormat antara kaum dan agama yang lain. Pemimpin perlu menunjukkan contoh yang baik," katanya.

Seorang pengundi di sini, M.Samy Vellu berkata Ngeh tidak berhak bercakap mengenai isu agama Islam.
"Dia hari ini bercakap agama Islam, (mungkin) esok agama (kaum) India, esok agama orang Cina, ini tidak patut. Kita minta kerajaan ambil tindakan perkara ini...ia mungkin boleh jadi masalah besar," katanya.

Seorang pengundi Megat Ismail Megat Rozali berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Ngeh itu tidak boleh diterima sama sekali sambil meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pemimpin DAP itu.

Pada Ahad lepas, Ngeh yang juga anggota Dewan Undangan Sitiawan dan Anggota Parlimen Beruas dihentam perwakilan pada Konvensyen DAP Perak ke-17 atas pelbagai isu dalaman termasuk perbuatannya mempersoal tindakan umat Islam membantah filem yang memfitnah dan menghina Nabi Muhammad S.A.W. itu.

Konvensyen itu sepatutnya membincangkan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 bertukar menjadi perdebatan masalah dalaman parti. - BERNAMA

Khamis, 20 September 2012

Wanita Rayu Pakai Seluar Dalam Ketika Ditangkap Khalwat



GRIK- Seorang wanita merayu kepada pegawai pencegah maksiat untuk masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam yang tidak sempat dipakainya sejurus selepas dia ditahan, pagi kelmarin.

Permintaan itu dipenuhi oleh pegawai berkenaan apabila mendapati wanita itu berada dalam keadaan mengghairahkan kerana memakai seluar ketat nipis, selain baju yang dipakainya kelihatan dalam keadaan tidak sempurna.

Wanita yang hanya tinggal dengan ibunya di kampung itu mengaku hidup seperti suami isteri sejak mereka menjadi pasangan kekasih lima tahun lalu. 

Mohd Jonid Abdul Syukor, Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik berkata, wanita berusia 21 tahun dan pasangan kekasihnya 26 tahun berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini diserbu penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin dipercayai ketika sedang memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi itu.

Wanita berkenaan pada mulanya mengeluarkan suara tinggi ketika ditahan tetapi selepas itu menangis sambil menceritakan kisah hidupnya dan keluarga pasangan berkenaan.

Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota RELA menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.

“Selepas kira-kira 10 minit kami mengetuk pintu bilik yang berkunci dari dalam itu, ia dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek sebelum mendapati seorang wanita sedang duduk di atas tilam nipis.

“Keadaan atas tilam berselerak dengan kain selimut dan sehelai kain sarung di dalam bilik sempit hanya kira-kira tiga meter persegi itu,” katanya ketika ditemui di tempat serbuan, kelmarin.
Katanya, ketika diajukan soalan mengenai status mereka bukan pasangan suami isteri, wanita berkenaan mula meninggikan suara sambil menceritakan masalah keluarga pasangannya yang enggan menerima dia sebagai menantu.

Wanita berkenaan mengaku pergi ke rumah kongsi tempat tinggal kekasihnya yang bekerja di kilang papan di situ dengan menunggang motosikal sehari sebelum itu dan bermalam bersama kekasihnya.

“Malah, dia juga mengaku dalam seminggu dia pergi beberapa kali ke rumah itu sejauh kira-kira 30 kilometer dari rumahnya bagi melepaskan rindu selain memberi alasan untuk membawa makanan.

“Ketika disoal, wanita yang hanya tinggal dengan ibunya di kampung itu mengaku hidup seperti suami isteri sejak mereka menjadi pasangan kekasih lima tahun lalu.

“Malah, apabila ditanya berapa kali sudah terlanjur melakukan hubungan seks, wanita itu tanpa segan silu mengaku tidak terkira banyaknya dengan alasan dia terlalu sayang kepada pasangannya,” katanya.

Ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Grik, Mohd Jonid berkata pemeriksaan pada telefon bimbit milik lelaki berkenaan didapati mengandungi beberapa adegan rakaman hubungan seks dengan berlatarkan bunyi unggas pada waktu malam dipercayai hasil rakaman peribadi mereka.

“Telefon itu kemudian dirampas untuk dijadikan bahan bukti dan mereka ditahan satu malam di lokap polis sebelum menghubungi keluarga untuk dijamin.

“Pasangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 54 Enakman Jenayah Syariah Perak dan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara, jika sabit kesalahan,” katanya.
Kerusi PRU: DAP-PKR Kedah temu 28 Sept

Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13

ALOR SETAR - Menjelang PRU 13, sebarang keputusan mengenai rundingan agihan kerusi antara DAP dan PKR untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Kedah dijangka diketahui selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR, 28 September ini.

Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat berkenaan yang bakal dipengerusikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, mereka akan menerima apa jua keputusan yang dicapai bersama, sama ada menyerahkan urusan untuk mengadakan rundingan kepada PKR negeri atau sebaliknya asalkan dapat diselesaikan dengan terbaik.

“Kita tunggu dan lihat bagaimana perkembangannya. Selepas 28 September ini baru saya boleh bagi tahu hasilnya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik berkata, beliau masih menanti jemputan PKR untuk berunding menyelesaikan kemelut berkenaan.

Sinar Harian semalam melaporkan, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengarahkan DAP dan PKR mengadakan rundingan dengan segera bagi menyelesaikan kemelut agihan kerusi melibatkan parti itu memandangkan PRU semakin hampir.

Beliau yakin rundingan berkenaan kelak mampu menyelesaikan kemelut yang berlarutan sejak sekian lama dan dapat diselesaikan dalam suasana harmoni serta semangat setiakawan.

Ahad lalu, Lee Guan Aik mahu PKR segera mengadakan perbincangan berhubung agihan kerusi ekoran perkara itu kini dikembalikan kepada Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) Kedah untuk diselesaikan.

Sebelum ini, DAP menuntut supaya parti itu bertanding di dua kerusi Parlimen dan enam Dun pada PRU13 melibatkan Parlimen Padang Serai dan Alor Setar, manakala enam Dun iaitu Kota Darul Aman, Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas.

Daripada enam kawasan Dun yang dituntut DAP itu, lima kerusi berlaku pertindihan antara DAP dan PKR
 

3 serangan dendam

 
USUNG...anggota JPAM mengusung mayat mangsa. Gambar kecil, Sivabalan.
USUNG...anggota JPAM mengusung mayat mangsa. Gambar kecil, Sivabalan.

TAMPIN: Harian METRO melaporkan tiga lelaki dipercayai bekas tahanan Ordinan Darurat melakukan tiga serangan ‘ala Mafia’ dipercayai bermotifkan dendam lama di sekitar bandar ini kelmarin, menyebabkan seorang lelaki terbunuh, seorang parah ditetak, manakala dua remaja lelaki berusia 16 tahun cedera.

Dalam insiden pertama jam 10.30 malam, ketiga-tiga suspek bersama lebih 15 rakan mereka yang bermotosikal menyerang dua remaja berusia 16 tahun di sebuah kedai mencuci kenderaan di Repah, di sini, menyebabkan kedua-dua mangsa cedera.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, insiden itu berlarutan apabila pada jam 11.30 malam, tiga suspek sama menyerang mangsa kedua, M Sivabalan, 42, di rumahnya di Taman Bukit Tampin, di sini.

Katanya, dua daripada suspek menetak kepala, bahu dan tangan Sivabalan menggunakan parang di depan anak dan isterinya sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Tampin (HT), namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah

Balas dendam: SUARAM akan gunakan Yahudi untuk menekan kerajaan Malaysia




SUARAM telah membuat laporan Polis ekoran pendedahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob terhadap cabang perniagaan dan penipuan yang berlindung di sebalik pemantau hak asasi manusia.

Thevarajan dan peguam Melayu anak kelahiran bekas ahli UMNO Ipoh yang kini menyertai Anwar Ibrahim, dalam laporannya di ibupejabat daerah Petaling Jaya, juga menuduh Ismail bertindak dengan niat jahat dan mendesak pihak polis mendakwanya atas fitnah jenayah.

Sementara itu, Suaram(Suara Pakatan Haram) menggesa rakyat Malaysia supaya membuat laporan polis yang sama terhadap Ismail kerana membongkar SUARAM menerima dana daripada Goerge Soros dan yahudi.

"Kami menggesa rakan-rakan kami di seluruh negara supaya membuat laporan terhadap menteri berkenaan, bagi menekan kerajaan dan menteri tersebut supaya berhenti menyiasat kami walaupun SUARAM adalah sebuah pertubuhan haram.


"Kami memberi amaran kepada menteri supaya berhenti menyiasat kami jika tidak mahu tekanan dari luar negara",katanya lagi 

Sanggup Bunuh Kawan demi untuk larikan wang RM1.2 juta


 Seorang pengawal keselamatan yang memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat rupa-rupanya berniat jahat apabila dia disyaki menembak mati mangsa sebelum lesap bersama wang lebih RM1.2 juta semalam.

Kejadian pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di sini itu mengakibatkan Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar ini.

Suspek yang dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin , 25, yang menghilangkan diri bersama wang dan selaras senapang kini menjadi buruan polis.

Seorang saksi mendakwa, dia melihat suspek melarikan diri bersama beberapa beg mengandungi wang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic hitam yang berada beberapa meter di belakang van keselamatan tersebut.

Kebiasaannya, mereka akan menggunakan Jalan Taman Long Jaafar di Kampung Boyan di sini iaitu hanya sejauh lima kilometer untuk pulang ke pejabat tetapi semalam Hasnol telah dipaksa menggunakan Jalan Tekah-Aulong selepas mengutip wang. Jarak jalan itu kira-kira 10 kilometer dari pejabat mereka.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, pemeriksaan mendapati enam daripada 13 karung berisi wang lesap.

“Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar.

“Tempat kejadian bukan laluan yang biasa digunakan untuk pulang ke pejabat selepas mengutip wang. Van itu didapati terbabas di kiri jalan dipercayai akibat tindakan agresif suspek,” kata Yusof yang masih menyiasat jumlah sebenar wang yang dilarikan serta penglibatan individu lain.

Tambahnya, polis kini giat memburu Mohamad Hafizuddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping di sini untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di talian 05-829 1222.
Elak sabotaj dalam parti
 
Elak sabotaj dalam parti
Mustapha (tengah) bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas Mesyuarat Veteran Umno di Bangunan Umno Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM – Veteran Umno Malaysia mencadangkan senarai calon yang dirasakan layak bertanding diumumkan awal bagi mengelakkan ada pihak disabotaj.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, ia juga pendekatan bagi memujuk calon tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) supaya memberi sokongan kepada rakan dalam parti mereka yang terpilih.

Menurutnya, pucuk pimpinan tertinggi akan mendapat kelebihan dari segi tempoh masa panjang masa untuk merancang strategi mereka ‘menyejukkan’ calon yang tidak bertanding.

“Fokus kita sekarang adalah untuk merampas kembali negeri-negeri yang terlepas ke tangan pembangkang pada PRU12  dan apa yang penting sekarang adalah kerjasama erat dalam kalangan ahli parti.

“Pada dasarnya untuk capai matlamat itu, amalan sabotaj sesama calon perlu dijauhi sama sekali dan pucuk pimpinan sendiri perlu memikirkan satu mekanisma ‘menang-menang’ bagi mengatasi kemungkinan yang akan berlaku.

“Sebagai contoh, sekiranya PRU13 diadakan pada Mac 2013 dan calon diumumkan bulan ini, pucuk pimpinan akan mempunyai tempoh lima bulan untuk mengawal keadaan dan apabila tibanya musim PRU nanti kita semua sudah bersedia beri tumpuan raih kemenangan,” katanya selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Veteran Umno Selangor di Bangunan Umno, semalam.

Mustapha berkata, pihaknya juga meminta wakil rakyat sedia ada berlaku jujur menyuarakan pengunduran sekiranya merasakan diri mereka sudah tidak lagi layak bertanding.

“Wakil rakyat itu sudah semestinya menyedari sama ada mereka ini masih diterima atau tidak.

“Jadi, mereka perlu telus menyuarakan status mereka dan sekiranya tidak lagi menjadi pilihan rakyat berilah  laluan kepada muka baru demi memudahkan kemenangan memihak kepada BN,” katanya.

Tambahnya, ahli  Veteran Umno terdiri daripada mereka berusia 60 tahun ke atas dan menganggotai Umno sejak dulu lagi.

Katanya, setakat Veteran Umno Malaysia mempunyai lebih 742,000 ahli berdaftar di seluruh negara
 
Lebih 30 orang mewakili beberapa NGO sedang membuat laporan polis terhadap pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham yang menghina usaha komuniti Islam di negara ini yang membantah penerbitan, penayangan filem yang menghina agama Islam.

Laporan dibuat di IPD Taiping Jalan Istana Larut bermula jam 10.00 pagi tadi.

Ngeh memperlekehkan usaha umat Islam mempertahankan Islam dengan menyatakan Ia membuang masa dan tenaga menentang penerbit Sam Bacile.

Bagaimanapun Ngeh bijak dengan meletakkan tanda soal diakhir ayat penghinaannya