Senarai Blog Saya

Sabtu, 16 Februari 2013

SIAPAKAH WARIS SULTAN SULU SEBENAR?

Today, February 16, 2013Go to full article


Fakta Utama yang perlu diketahui mengenai susur galur Kesultanan Sulu yang melibatkan Sultan Esmail Dalus Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata yang telah menceroboh masuk Lahad Datu.

Sultan Ismail Dalus Kiram
1. Kesultanan Sulu mempunyai 2 Pewaris yang dipanggil "Pewaris Pertama" (Iaitu keturunan dari zuriat Sultan Azimuddin/Alimuddin-I ibni Sultan Badaruddin-I dari isterinya gadis Bugis dari Soopeng, Sulawesi) dan "Pewaris Kedua" (Iaitu dari zuriat keturunan Sultan Bantilan Muizzuddin ibni Sultan Badruddin-I, dari isterinya seorang Puteri anak kepada pemerintah Puak Tidung di Borneo Utara). Kini keturunan "Pewaris Pertama" itu adalah Keluarga Kiram & Keluarga Shakiraullah. Manakala keturunan "Pewaris Kedua" adalah Keluarga Maharajah Adinda. (Kewujudan "2 Pewaris" ini ada dinyatakan dengan adanya 2 lambang senjata dalam Bendera Kesultanan Sulu, iaitu: Lambang Keris Sundang=Pewaris Pertama & Bujjak/Tombak=Pewaris Kedua).

2. Sistem Protokol Kesultanan Sulu mengkehendaki "Takhta" Kesultanan Sulu "DIGILIRKAN" diantara 2 Pewaris ini (Sepertimana sistem Protokol Kesultanan Perak lama). Ini ada dinyatakan oleh seorang historian, Prof. Dr. Cesar Adib Majul dalam bukunya " Muslims in the Philippines" mukasurat 398-399, yang beliau perolehi dari seorang Pemegang Buku Protokol Kesultanan Sulu yang dipanggil "Kitab Tartib Sulu" dari Datu Sangkula Amir Hussin dari Tawi-Tawi.


3. Keturuanan Waris Kesultanan Sulu adalah dari darah diraja Kesultanan Brunei. Maka dari itu, Kesultanan Brunei (Sultan Mohammmad Hassan-Sultan Brunei ke-9) telah menyerahkan satu "Lambang Pusaka, iaitu belahan Biji benih Coco de mer" yang di Sulu dipanggil "Pulau Janggi" dan di Brunei dikenali sebagai "Sepong/Sepoh Janggi" yang telah diberikan kepada Putera Bongasu baginda yang telah dihantar menjadi Sultan Sulu sekitar tahun 1600. Putera Bongsu Baginda itu bernama "Pangiran Shahbandar Maharajalela @ Raja Bongsu", dan setelah dilantik menjadi Sultan di Sulu bergelar "Sultan Mawalil-Wasit-I".

Sultan Jamal ul-Kiram US officers foreign Muslims 1899-1901
Maka persoalannya sekarang, "Pewaris Kesultanan Sulu Sebenar" adalah mereka yang telah diamanahkan menyimpan "Lambang Pusaka" tersebut sejak sekian lama. Diantara Keluarga Kiram, Shakiraullah (Pewaris Pertama) dan Keluarga Maharajah Adinda (Pewaris Kedua), barang tersebut hanya diamanahkan disimpan oleh "Pewaris Kedua-Keluarga Maharajah Adinda" dan bukannya Keluarga Kiram ataupun Keluarga Shakiraullah. Ini adalah kerana sebagai bukti kuat yang "Pewaris Kedua" mempunyai HAK juga ke atas Kesultanan Sulu.


Barang "Lambang Pusaka" ini telah dihantar ke Muzium Brunei oleh Pewaris Maharajah Adinda yang bernama DATU ALIUDDIN BIN DATU SEH pada 1978 dan telah disahkan kebenaranya oleh Pengarah Muzium Brunei pada masa itu (Mr. Lim Jock Seng, kini Pehin Lim Jock Seng). Maka untuk mengetahui "Pewaris Sebenar Kesultanan Sulu" ini bolehlah merujuk terus ke Muzium Brunei atau ke Pusat Sejarah Brunei di Bandar Sri Begawan. Kini kebanyakan dari keluarga Maharajah Adinda (Pewaris Kedua) ini berada di Sabah dan kebanyakannya telah menjadi rakyat Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan